Friday, December 18, 2009

New Year, New Beginning...1431H

Salam to all...
Satu permulaan tahun yang agak baik bagi aku...
Semoga sepajang tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sudah...Insya Allah...

Monday, December 14, 2009

365?


           365? apakah 365? kedatangan tahun baru? kepergian tahun yang lama? huhuhu...bukan kedua-duanye. 365 merupakan bilangan hari yang diberikan kepada saya... untuk ape? jeng jeng jeng...dah confirm akan saya ceritakan sepenuh2nye...cume telah sy ceritakan kepada beberapa pihak saje. ye la, benda tak pasti, takut nak announce. huhuhu...

syhhhh..nnt ek..? ;-p

         ok, sepanjang tidak mengupdate, saya sebenarnye telah memulakan langkah cuti2...ke mana? KL sajek...just gi gather dgn IJA, WAWA, n LISA. gi movie, gi karoks (sampai suara ala-ala 'manje' nie...), gi umah mdm R. hmm, dua hari yang padat dan berbaloi. tukar-tukar cerita. mmg girls' day out la pokoknye. and i've made a statement, "gurls, next year eclipse jom...with partners?" hahaha...2x twilight series only us, so ape salahnye 2 lagi series with partners kan? huhuhu...dorg pun menyambut baik...(alo makcik, sukasuki buat plan? sudah ada calon kah? kui3..)
            di kesempatan itu juga sempat menjengah rumah puan ida. ye la, i tak pernah jumpa cik pia lagi. sempat gak bertukar story mory. sorry kenkawan yg lain, mmg tak sempat nak curik mase. gi umah ida tue pun, pagi tue ida msg, br plan...takpe, we try to meet up...mase wedding finy, maybe? ok?



tangan yg menaip: sesungguhnye, balik umah mmg mls nak hapdet. kalo kat miri tue, punye la rase perlu hapdet hari2....itula namenye 'CUTI PERLU DIISI SEBAIK MUNGKIN!!'

Monday, December 7, 2009

[GuRinDaM SpOnTaN]

MaLaM GeLaP tAnPa cAhAya...
dGn mOto bkN KeReTa...
aKu kELuaR m'BeLi tOpUp...
di KeDaI pAk Leh sMpg 4...
kEraNa diRiMu yG iNgInkU pIkaT.....


that gurindam entitled 'topup ku hbs krn dirimu...'

you are so funny!!! lwk btl...ntah pape...nk ngayat tue, mcm2... ;p but, hmm, nice try dude!!

Thursday, December 3, 2009

[ drama swasta ]


           drama yg berlaku ini telah mengkucarkacirkan birthday ikin. cian ikin. tp, mmg, bila pk2, igt2 semula, mcm lawak! lawak org tak berpelajaran...xsesuai dgn title yg dipegang. huh!!
          kisah nie terjd pd 30 november yg lalu. hmm, umah lama kami telah abah sewakan. dlm dua tahun disewakan, bermacam ragam penyewa. yg terdahulu mmg bley dimahapkan la. tapi, yg latest nie...hmm...ntahla... penyewa yg latest merupakan seorg ustazah. diulangi -USTAZAH-. supposely, seorg ustazah menunjukkan ciri2 org yang beramal soleh, berbudi bahasa. tetapi, sebaliknya yg berlaku. bukan nak mengaibkan. tetapi, nak mengingatkan sesama kita.
          ok, berbalik kpd citer td. sebenarnya, ustazah nie dh dua bln xbyr sewa. sejak bulan 8. abah dh warn. then smp satu thp, abah suruh dia kuar. tak pyh byr sewa bln 8 & 9 sebab msk deposit dulu. then hubby this lady dtg merayu kat abah, mintak sebulan lagi. ok fine, abah bg and kena byr sewa sebulan la kan....tarikh utk this lady kuar pada 30/11. if 1/12 dia xkuar, abah nekad potong api air. then aku lak nekad mengeluarkan aura2 puteri hang li po aku. (hahaha...mementang anak tuan rumah...kan?) kenapa aku lak nak masuk campur? sebab dia kurang ajar dgn abah. kalo dia beradab sopan, insya allah aku akan beradab dan menyimpan aura2 puteri hang li po aku tue.
         tang mana this lady kurang ajar? mst semua tertny2...kekurang ajaran dia tue bilamana dia gi canang kat semua residents tmn tue, dia xnak pindah. apa nak jadi, jadi lah. dia berkeras nak duduk gak kat umah tue. tak ke bodoh! dahla rumah bapak aku. dok bercerita mcm bapak aku pulak yg menyewa kat situ. WTF??!! masa dgr tue, menyirap gak aku. dah nak kuar gak aura2 tue. seb baik msh kat miri. 
          aku terlupa sbnrnye yg this lady akan berpindah. dlm kul 9++, my former neighbour called me. memula mntk nombor mak abah. dh xdpt contact dorg, dia terus habaq kat aku psl this lady. dia kate, this lady dh angkat brg. my neighbour suh aku dtg utk amik kunci. memula, aku mntk tlg my neighbour utk mengambil dulu kunci tue. tp, my neighbour said, this lady dgn org2 tmn tue dh lame x bertegur sapa. aik!! mcm mslh beso jek. sonye, aku call mak dulu. tny pdpt mak. mak suh aku pegi. tp bwk tmn. maka dgn itu, aku, fatin n fara pun pergilah ke rumah lama kami.
             aku xkacau pun la time dorg ngangkut brg tue. aku stay umah makcik ain, my other neighbour. tgk dr dlm umah. 2nd time lori angkut brg, pakcik leman suh aku gi check kot ade pape yg rosak. aku pun pg la check. check lampu kipas sume ok. then gi dapur. astaghfirullah!!! berape lame agaknye xmengemas?? then tgk bilik mandi!! BULLSHIT!!! PENGOTOR!! ade ke bilik mandi yg masih elok segala2nye dijadikan tmpt pembuangan sampah?? tak belajar sivik ke? tak belajar kebersihan ke?? menyirap dh aku!!! b4 keluar, aku mintak tlg dr anak ustazah tue, utk dia membersihkan bilik mandi tue. oh lupe...ustazah xde, dia gi anto brg2 ke rumah barunye.
              dorg siap mengemas lebih kurang kul 1.30 la. aku mintak dgn elok, kunci umah aku. bile mntk latest bills, dia kate ntah kat mane die letak. mls nak memanjangkan isu, aku biarkan. jeng3...di sinilah kekurangajaran bermula lagi. lepas dorg blah, aku masuk umah. memang BULLSHIT la...sampah masih berlonggok dlm bilik mandi. mmg mcm umah tggl la...dh tue, smph2 nasi dia buang jek kat luar rumah. aku rs mst dia sakit hati kena 'halau' dr rumah tue kot. kemudian, fatin bersuara dr ruang tamu. eh, ape nie long? kami pun menanggalkan surat khabar yang ditampal di dinding ruang tamu. Astaghfirullah!!! di situ, terdapat contengan luahan rasa. ala-ala diari ramadhan rafique la. ade masa, tarikh dan hari. mcm lawak. agaknye, xcukup balckboard kat skolah nak diconteng smp dinding umah aku dijadikan mangsa...huhuhu...mst ade screw yg tercabut nie?? huhuhu
                sbb bau yg terlampau...maka ptg tue jugak kami adik beradik berganding bahu membersihkan rumah. memang melampau la ustazah nie. taktahu gamaknye, kebersihan asas keimanan?? ntah pape betul la...kesian kat cik ikin. this was her unforgettable birthday ever...i guess!! xpe kin, kami balas keunforgettablelan itu dgn sebijik kek cekelat yg sggh lazat...yum yum yum...hehehe...psl ustazah tue, hmm, lantak pi la dia. smg satu hari nnt dia sedar akan kekurangan diri.  


Tuesday, December 1, 2009

A Year.....passed...



          It's been 199 days in school. That's mean, I was being a teacher (recognized!) for almost a year. Huhuhu...sape sangka kan? Starting from 5th January till 20th November 2009. What I've been through for almost a year was something precious. In this remote area,  I learned to be a good girl. I learned to be patient. I learned to be grateful. Thanks Allah for this wonderful experience. Here also, I've learned not to trust people easily. The people you trusted might be the people who will destroy you, slowly! And the result from my pupils, walau tak tercapai nak dibandingkan dgn budak2 bandar, tapi, alhamdulillah. semua yang i target, tercapai. Orang selalu tanya, taknak pindah semenanjung ke? ade ke yg xnak pindah semula? yg pasti mmg nak pindah TETAPI kena tunggu. lagipun, ade bende 'yg tak setel' lagi. so, i have to wait, and wait. ye la, bagi semua setel, then barulah lega dan senang hati nak tukar, kan?

            Ok, kita tukar topic. actually, n3 kali nie lebih kepada rangkuman semua activities dari sampai umah on 21st November hingga ke hari nie, 30th November. kita mula satu-satu la.

1) 21st November - 25th November
     Sampai Kluang kul 12 midnite. my beloved official transport telah mendelaykan schedule saya buat kesekian kalinya. what to do, takde alternative lain dah. ade tue ade, tapi leceh sket. so, nak tak nak, terpaksala bersabar... esoknye, xbuat pape...dok umah...layan kanak2 di rumah. wat havoc sket kat umah. Isnin plak, teman mimi gi Kota. tokbak ngan nenek nak ikut. so, anta mimi kat science school, kami ke rumah tokteh. balik dari Kota, org s'pore nak dtg. anta abah ngan eilot. On Tuesday, pagi2 keluar gi setel bil, utang piutang. hajat di hati mau menonton wayang. sudahnye terlalu awal dtg. maka, terbantutla 'hajatku' yang 'MURNI' itu. balik umah, smbg activity berkebun. my new hobby. hahaha...mak perli, kalaulah rajin berkebun in real life, kan ke bagus...tangan 'panas' la mak...hahaha. Malamnye, after Isya', ke rumah makngah di Batu Pahat. Fara sampai dr Ipoh kul 4am. so, kali nie dok tido umah makngah.
      Lepas amik Fara, sambung tido. bangun subuh and bersiap nak balik. makngah ajak breakfast. gi breakfast then balik. otw tue, mak suruh singgah di ayer hitam. pekan rabu. tawaf la seround dua. then balik. dlm tgh hari br smp umah. smp jek, lepak gill! nak tido, batuk teruk. so, dok layan UNO. nie pun antara activity wajib sejak sampai umah. huhuhu...

2) 26th November - 30th November
     Khamisnya, takde la buat apa sangat. Ye la, mak keje. so, dok umah jek. eh, eh, tak...ajak abah keluar gi beli barang2 nak masak esok. lepas membeli belah, gi breakfast mee kari yang sungguh lazat. peh!! balik tue, menyiapkan serba sedikit bahan2 untuk masakan esok. malamnye, buat ape ek? hmm, rasanye just bertakbir. Jumaat- tolong mak pagi2 tue. dok siap itu ini. and, huhuhu...abah buat pertama kalinya aku melihat, memakaikan ayid and aan sampin. huhuhu...almaklumla semua anak perempuan dia sibuk dok tolong mak. mak apatah lagi, kan. perfect la. nampak ayid semakin handsome dan aan semakin kacak! (hahaha...puji melangit nie ooi!! bagi something kat along tau...pujian nie sungguhla special...) after solat raya, maklong dtg dengan ojan. just dtg ziarah jek. lepas solat jumaat, angkatan ex-classmates i dtg. dijangkakan 30 org, sekali yg dtg just 3 org. xpe la guys, kedtgn korang pun cukup bermakna. yg dgt adalah EZZAN wt her cutie daughter, ERWIN dan LYNA wt her batallion. banyak gak yg kami borakkan. 

















      Sabtunye, sudden plan. Picnic @ gng belumut. petang lepas zuhur and lepas mak abah blk kenduri, kami berkonvoi ke gng belumut. lepas gian sat.


sesungguhnya, lame xbergather bersama2 family mcm nie. hari ahad tak buat ape2. hari isnin, birthday ikin. tapi tue special n3. siap dgn drama swasta lagi. so, nntkan. nie pun n3nye dh terdelay sbb drama swasta. huhuhu..

till then. x.o.x.o. ;p

Thursday, November 12, 2009

cebisan kisah...

Apa yang aku dapat renungkan sekarang, hidup aku banyak jugak berubahnya. From the one yang sentiasa jek nak merungut menyesali kehidupan yang baru nak bermula, kepada seorang yang lebih menghargai masa dan kehidupan. Yang paling penting, ikatan kekeluargaan aku makin utuh.


Jika dulu, aku suka compare apa yang aku dapat dengan orang lain. Comparisannya dengan orang yang lebih berjaya dari aku. Aku terlupa yang setiap manusia, Allah berikan kelebihan tertentu. Diri kita sendirilah yang perlu cari kelebihan itu. Dengan comparisaon itu, aku jadi down. Sangat down. Macam bengong! Aku sering mengeluh, kenapa ya aku tak macam dia, kenapa aku tak macam mereka. What a thinking??!


Tapi, setelah Allah membukakan jalan untuk aku berubah, alhamdulillah. Aku lebih positive dan terbuka. Aku tak lagi merungut, kenapa dan kenapa. Pada aku, setiap yang Allah berikan, adalah rezeki. Kita perlulah bersyukur. Ya, aku bersyukur. Bersyukur kerana dapat berbakti untuk anak-anak yang baru nak mengenal dunia. Anak-anak yang masih ‘putih’, yang belum dicorakkan lagi. Tanggungjawab aku untuk menjadi sebahagian daripada corak yang cantik kepada anak-anak ini. Mungkin ada yang terasa kata-kata aku nie macam poyo, tapi, I know what I am talking. I juz wanna express my thought.


Baru-baru nie, ada seseorang yang telah berkata kepada aku, ‘tolong diri sendiri sebelum tolong orang lain.’ Ya Allah, adakah kerana aku masih belum punya reason yang kukuh untuk itu, maka aku tidak boleh nak menyalurkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan? Tidak boleh untuk memberikan secebis kasih sayang aku kepada anak-anak muridku? Tidak bolehkah jika semangat dan juga harapan untuk melihat anak muridku ini berjaya, aku berikan dahulu sebelum aku menabur bakti di tempat lain? Wahai pakcik, saya bukan tidak mahu tolong diri saya. Tetapi, tanggungjawab saya lebih penting dari diri saya. Prinsip dan juga janji saya untuk membantu anak bangsa lebih utama.


Wahai pakcik lagi, pada saya biarlah sesuatu perkara yang saya lakukan itu, orang ingati yang terbaik dari saya. Saya bukan orang yang suka nak membuat sesuatu tanpa dilaksanakan dengan jayanya. Saya tahu pakcik banyak menolong anak-anak orang berpindah, tetapi pada saya yang punya prinsip ini, cara pakcik itu hanya membuatkan orang-orang yang pakcik tolong itu mendapat nama buruk. Bukan saya hendak mendoakan, tetapi, setiap orang ada cara tersendiri. Begitu juga dengan saya. So, please respect my principle. Kisah pakcik tue berlaku time cuti. Aku tersirap gak bila pakcik tue smash aku macam tue. Tak tahu nak luah kat sapa, sudahnya, mak la yang jadi ‘tong sampah’ untuk mendengar ketidakpuasan hatiku. Sorry mom!


Itu hanya secebis cerita tentang perjalan hidupku sebagai guru yang baru saja mahu bertatih dalam mendidik anak bangsa. Jika dulu orang tanya apakah cita-cita aku, memang konfem, cikgu tidak termasuk dalam senarai. Namun kini, jika orang bertanya, kenapa nak jadi cikgu, insya allah aku akan jawab dengan jujur. Tanpa perlu berfikir panjang. Memetik kata-kata one of my fave lecturers, “Allah had destined this miracle to you. Grab the opportunity and give the best. Insya allah you’ll be blessed.” Thanks madam. You are the best. May Allah bless you.


Sepanjang enam bulan, sudah banyak perkara yang aku pelajari. Kasihan aku melihatkan anak-anak yang agak ketinggalan ini. Tapi, bila dorang sama degil, marah tetap marah. Takla sampai memukul. Cuma berdesinglah telinga dorang dengar leteran dan bebelan aku. I can be their worst nightmare but I can also be their sweet dreams. Hahaha, macam mane tue? Aku akan marah jika mereka buat salah, and aku juga boleh menjadi ‘kawan’ mereka. Teman untuk bernyanyi bersama, bertukar-tukar teka-teki, bertukar-tukar cerita tentang pengalaman aku yang tak seberapa nie. It’s such a great experience.
Till then. X.O.X.O (hahaha…poyos, tiruk gossip girl. :P)

[miss like crazee...]


“It’s easy to discount family. It’s easy to take them for granted. But your family is your history. Your family is part of who you are.” quoted from Sophie Kinsella ~Twenties Girl~  argghh!! Sangat la xsabarnye nak balik...bukan apa, nak cari semangat yang hampir hilang. lagi satu, dgn semua2 yg berlaku, i need fresh air. i really need a break! tepu! buntu! stuck!! nak berfikir dgn elok pun mcm samar2 jek...i miss my mum's shoulder....feel like crying now... :(