Monday, May 18, 2009

UcApAn HaRi GuRu 2009

Selamat Hari Guru untuk insan-insan bergelar guru @ pendidik. Memetik kata-kata Tokoh Guru 2009, Datuk A. Rahim @ A.Rahman Tahir, “Sekali cikgu, selamanya cikgu…” sesungguhnya memang itulah kata-kata yang sangat bertepatan dengan profession keguruan. Aku Bangga Menjadi Guru.
Harapan aku, semoga aku menjadi seorang guru yang bukan saja mengajar tetapi mendidik anak bangsa untuk menjadi insan-insan yang berguna. “In teaching, you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years. --Jacques Barzun”. Ya, proses menjadikan seseorang itu seorang yang berjaya, bukan memakan masa sehari dua. Ianya mengambil ,masa bertahun. Wahai warga pendidik, janganlah cepat berputus asa sekiranya anak-anak murid anda masih tidak dapat apa yang anda ajar. Didik mereka dengan ilmu yang bukan sahaja berasaskan silibus, tetapi didik juga mereka dengan segala ilmu untuk melengkapi diri dan hidup mereka. Ilmu yang kadang kala mereka tidak dapat bila di rumah.
“Seseorang Guru memerlukan aksi-aksi dramatik untuk memberi impact kepada anak-anak murid dan pelajar.” Kata-kata ini dipetik dari cikgu Aris, pereka tari AF7. sesungguhnya guru @ cikgu merupakan seorang pelakon yang hebat. Kita warga pendidik dapat menukar diri bila berhadapan dengan pelbagai situasi. Macam chameleon. Namun, semuanya ke arah kebaikan.
Jadilah guru yang dapat mengangkat pelajar-pelajarnya menjadi insan yang bukan saja cemerlang akademik, malahan gemilang peribadi dan terbilang di akhirat. Insya allah.

UcapAn HaRi iBu...

Selamat hari ibu untuk mak yang ija sayangi. Tiada kata dapat menggambarkan apa yang ija rasa. Sesungguhnya ija dan adik-adik sangat bertuah menjadi anak-anak kepada Puan Hjh Hamidah binti Hj Ahmad. Mak bukan setakat ibu tapi lebih kepada kawan. Sahabat ketika kami kegundahan. Teman dikala kami memerlukan. Mak tak pernah merungut semasa membesarkan kami. Membesarkan anak yang ramai dengan pelbagai ragam, membuatkan sesetengah orang merasa beban. Namun, mak tidak. Malahan membuatkan setiap hari, setiap aktiviti adalah yang paling berharga.
Itu ucapan untuk mak tercinta. Sesungguhnya aku bangga. Sebagai anak sulung, seringkali kami berkongsi apa saja. Tambahan dah jauh nie…selalu kawan-kawan aku keliru. Yang sedang bercakap dengan aku tue, mak ke kawan? We are not just mother and daughter. She is my best friend. Shoulder to cry on. Apa yang pasti, kita berkongsi apa saja. Bukan setakat aku, malahan adik-adik aku yang lain juga. We luv you mum!!

Tuesday, May 12, 2009

hye...

testing...testing...ok...leh start blogging...huhuhu