Thursday, November 12, 2009

cebisan kisah...

Apa yang aku dapat renungkan sekarang, hidup aku banyak jugak berubahnya. From the one yang sentiasa jek nak merungut menyesali kehidupan yang baru nak bermula, kepada seorang yang lebih menghargai masa dan kehidupan. Yang paling penting, ikatan kekeluargaan aku makin utuh.


Jika dulu, aku suka compare apa yang aku dapat dengan orang lain. Comparisannya dengan orang yang lebih berjaya dari aku. Aku terlupa yang setiap manusia, Allah berikan kelebihan tertentu. Diri kita sendirilah yang perlu cari kelebihan itu. Dengan comparisaon itu, aku jadi down. Sangat down. Macam bengong! Aku sering mengeluh, kenapa ya aku tak macam dia, kenapa aku tak macam mereka. What a thinking??!


Tapi, setelah Allah membukakan jalan untuk aku berubah, alhamdulillah. Aku lebih positive dan terbuka. Aku tak lagi merungut, kenapa dan kenapa. Pada aku, setiap yang Allah berikan, adalah rezeki. Kita perlulah bersyukur. Ya, aku bersyukur. Bersyukur kerana dapat berbakti untuk anak-anak yang baru nak mengenal dunia. Anak-anak yang masih ‘putih’, yang belum dicorakkan lagi. Tanggungjawab aku untuk menjadi sebahagian daripada corak yang cantik kepada anak-anak ini. Mungkin ada yang terasa kata-kata aku nie macam poyo, tapi, I know what I am talking. I juz wanna express my thought.


Baru-baru nie, ada seseorang yang telah berkata kepada aku, ‘tolong diri sendiri sebelum tolong orang lain.’ Ya Allah, adakah kerana aku masih belum punya reason yang kukuh untuk itu, maka aku tidak boleh nak menyalurkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan? Tidak boleh untuk memberikan secebis kasih sayang aku kepada anak-anak muridku? Tidak bolehkah jika semangat dan juga harapan untuk melihat anak muridku ini berjaya, aku berikan dahulu sebelum aku menabur bakti di tempat lain? Wahai pakcik, saya bukan tidak mahu tolong diri saya. Tetapi, tanggungjawab saya lebih penting dari diri saya. Prinsip dan juga janji saya untuk membantu anak bangsa lebih utama.


Wahai pakcik lagi, pada saya biarlah sesuatu perkara yang saya lakukan itu, orang ingati yang terbaik dari saya. Saya bukan orang yang suka nak membuat sesuatu tanpa dilaksanakan dengan jayanya. Saya tahu pakcik banyak menolong anak-anak orang berpindah, tetapi pada saya yang punya prinsip ini, cara pakcik itu hanya membuatkan orang-orang yang pakcik tolong itu mendapat nama buruk. Bukan saya hendak mendoakan, tetapi, setiap orang ada cara tersendiri. Begitu juga dengan saya. So, please respect my principle. Kisah pakcik tue berlaku time cuti. Aku tersirap gak bila pakcik tue smash aku macam tue. Tak tahu nak luah kat sapa, sudahnya, mak la yang jadi ‘tong sampah’ untuk mendengar ketidakpuasan hatiku. Sorry mom!


Itu hanya secebis cerita tentang perjalan hidupku sebagai guru yang baru saja mahu bertatih dalam mendidik anak bangsa. Jika dulu orang tanya apakah cita-cita aku, memang konfem, cikgu tidak termasuk dalam senarai. Namun kini, jika orang bertanya, kenapa nak jadi cikgu, insya allah aku akan jawab dengan jujur. Tanpa perlu berfikir panjang. Memetik kata-kata one of my fave lecturers, “Allah had destined this miracle to you. Grab the opportunity and give the best. Insya allah you’ll be blessed.” Thanks madam. You are the best. May Allah bless you.


Sepanjang enam bulan, sudah banyak perkara yang aku pelajari. Kasihan aku melihatkan anak-anak yang agak ketinggalan ini. Tapi, bila dorang sama degil, marah tetap marah. Takla sampai memukul. Cuma berdesinglah telinga dorang dengar leteran dan bebelan aku. I can be their worst nightmare but I can also be their sweet dreams. Hahaha, macam mane tue? Aku akan marah jika mereka buat salah, and aku juga boleh menjadi ‘kawan’ mereka. Teman untuk bernyanyi bersama, bertukar-tukar teka-teki, bertukar-tukar cerita tentang pengalaman aku yang tak seberapa nie. It’s such a great experience.
Till then. X.O.X.O (hahaha…poyos, tiruk gossip girl. :P)

No comments:

Post a Comment