Tuesday, September 15, 2009

YeeAy!! Jumaat Cuti tak berganti...i likeeee!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keputusan Gb menyatakan hari jumaat cuti peristiwa. huhuhu....
saya sangat gumbira kerana tak payah dok pikir mau ganti sekolah....sukenye....lalalalala
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tangan yang menaip: Baru nak jeleskan org, tetiba org tue dah cuti dari hari ini. cess!! sungguhla...

Monday, September 14, 2009

raya dedication

Sempena Syawal yang bakal menjelang ini, saya ingin mengucapkan:


SaLaM AiDiLfItRi, MaAf ZaHiR BaTiN
HaLaLkAn SeGaLa2Nya..


Ucapan ini ditujukan KHAS untuk:
1) my family - mak,abah, ila, ikin, mimi, atin,fara,aan & dak temuk, ayid
2) my aunties,uncles, cousins and terutamanya untuk Tokbak and Nenek
3) dan juga untuk semua rakan-rakan yang sentiasa menceriakan hidup saya....

nJoY Ur RaYa 2d FuLlEsT! Yeeay!

Sunday, September 13, 2009

salam aidilfitri

Indahnya Beraya Di Desa

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha 'pakar' hati orang tua

( korus 1 )
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

( korus 2 )
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan

( ulang dari mula hingga akhir )

gambar raya tahun lepas...

Friday, September 11, 2009

kisah kisu

UPSR's over. Lega seketika. Tapi dalam sebulan setengah akan datang, muncul balik la kerisauan itu. Huhuhu…I asked my pupils about the papers. They told me that they confident they answered the best. But, when I checked their paper 1, there were several careless mistakes. Haiyaa…my dear. How come nie? For Paper 2, dorang ckp kebanyakannya keluar. Alhamdulillah. Cumanya, dorang nie bukan boleh percaya sangat. Yang aku selalu tegur tue la yang selalu dorang cuai. Hmm, but, I knew, you’ve done your very best. Kita sama-sama tunggu result ye. And I pray the best for all of you.

Kelmarin call rumah. Mak bercerita tentang keghairahan makcik jetlag dan konconya, cik kin, menyetelkan segala kat rumah. Hahaha…mesti risau la makcik jetlag tue. Siap tanya, “long, ko balik bile nie? Cepatla balik. Cuci tingkap.” Hohoho…aku cuci tingkap? Cuci pintu? Bersihkan sawang? Bukan ler tue. My job scope tak termasuk area depan ye cik jetlag. I know, ko sibuk sekarang. Tapi dekat nak raya ko tak berapa sibuk. Yang sibuk time tue, aku nie ha. Huhuhu….eh cik jetlag, anda tidak bershopping ka? Pegi la, pegi la…saya ingin menyuruh anda mensurvey stiletto or wedges untuk saya. Di sini, kureng menarik. Tolong survey cik jetlag. Tolong la…tolong la…

Tak sabarnya nak balik raya. Jasad je kat sini. Jiwa ragaku di rumah. Arghhh!!! Sungguhla tak patutnye cik teacher nie. Nak wat cane, aku pasti, bukan aku jek. Geng yang lain pun kan? Kan? Kan? Huhuhu…Mr.E lagi la…kelas cuma 2 hari seminggu. Nie dah de kat kampong. Ahad balik KL then selasa dah start cuti raya. Tak aci la cik awak. Saya pun nak macam tue jugak. Tapi takpe, saya doakan awak diposting jauh…so nanti jadi fair and square. (hahaha…jahat punye doa. Sesungguhnya, Allah tak makbulkan doa yang berbaur dendam. Ibarat kata Mr.E revenge of the fallen nie tak baik.) saya tak kira. Saya tetap nak jugak rasa jeles itu. Huhuhu…





Rentetan cerita ‘apa aku rasa? Klausa 5’:

Semalam (080909) aku mendapat satu kejutan. Sungguh tak sangka. Time tue, kitorang sedang duk borak-borak dalam bilik guru. Cerita pasal nak balik raya. Macam biasa, aku selalu kena usik dengan cikgu-cikgu lain. Mula-mula dorang dengki nak buat sambutan penutup kemerdekaan hari Khamis time aku balik. Kenkunun nak buat sampai petang. PK aku lak dok kate, kalau dia, dia nak buat hari Jumaat. (dah tentu2 aku kat johor Jumaat tue…huhuhu…saje jek!) Erm, ade sorang cikgu nie, cikgu A telah digossipkan dengan aku. Aku, sengih je la yang mampu aku buat. Cikgu-cikgu lain dok usik kate Cikgu A nie tak balik kampong dia takpe, tapi boleh beraya ke Johor. Masa sebut Johor tue, semua pandang aku. Adakah aku yang dimaksudkan? Aku pun cakap la, silalah datang. (tapi, alang-alang dah balik semenanjung tue, pepandai la ko nak balik kampong ko…jawab hatiku yang sebal…huhuhu.)

Usikan demi usikan itu berlangsung selama 10 minit. Dok gelak-gelak. Dok jawab menjawab. Dan tetiba cikgu A nie bukak cerita. “Eh, cikgu sekolah ‘T’, si ‘B’ tanya pasal ‘F’. Dia tanya ‘F’ nie dah ade orang ke belum. Dia nak try.” ‘F’ is me, ok. Aku terkejut. Merah tak hengat la lepas tue. Pakai baju pulak ala-ala merah. Terdiam sekejap aku. Cikgu-cikgu lelaki yang lain apalagi terus cakap, “A, cepat-cepat la ikut ‘F’ balik Johor. Takkan nak biar ‘B’ tue tackle ‘F’.” Ha, terang-terangan mereka membuli aku. Bengong tol! Pastue, A sambung cerita lagi. “Aku tanya ‘B’ mana jumpa ko. ‘B’ kata penah nampak ko kat PPD. Dia cakap ko comel. Aku jawab la memang ko comel.” Banggakah aku? Sukakah aku? Yang pasti, semua tue dikhabarkan terang-terangan yang mana aku rasa macam nak masukkan diri aku sendiri dalam pencil case aku. (malu siot!)

Nie yang tak best nie bila kita menjadi perbualan orang. Memang seyes la nak masukkan badan aku dlm pencil case aku yang agak bagak tue. Apa yang aku buat time tue untuk cover malu yang amat? Tersenyum sambil menanda buku. Yang lain semakin giat membuli aku. Mak!!! Tolong!!! Confirm la pasnie pegi PPD aku terpaksa lebih berhati-hati. Kalo la tersama kursus dengan cikgu B tue, memang akan terjadilah kemerahan tanpa dijangka…kan? Adeiii…susah,susah. Tak bebas la I lepas nie…adei dei dei…


nie ropenye pencil case aku yg bagak dan nazak...muat tak? muat tak? huwaaaaa

Wednesday, September 9, 2009

apa yang aku rasa?

apa yang aku rasa ketika ini?
  1. RISAU plus NERVOUS sebab anak-anak murid ku yang dikasihi sedang bergelut dengan UPSR. macam mana la agaknya. dapat ke mereka menjawab dengan tenang?
  2. TAK SABAR sebab nak balik raya.
  3. NGANTUK walaupun sudah tidur melebihi masa yang ditetapkan.
  4. RINDU yang amat...kat katil aku, kat books aku, kat rumah...argh!!! nak balik, nak balik....NAK BALIK!!!!!
  5. AGAK TAKUT...kerana apa? ada sorang cikgu tanya pasal aku. tanya pasal apa? jeng jeng jeng jugak...(dia tny psl aku kat partner aku. siap kenkunun mau try...nie yg buat i takut nak gi kursus nie...takut sama kursus dgn dia...huwaaaa....)

Monday, September 7, 2009

update for yesterday...bengs toll la tenet nieh...

Dah seminggu tak menjejak di sini. Dan, sedar tak sedar dah nak raya dah. Dalam pada last week baru balik dari Kluang, aku dah mengira pulak hari nak balik raya. Flight aku 17/9 nie. Sorang cikgu tue dah siap usik-usik kata flight akan delay lagi. Kureng toll la anda nie! Jangan…kang mak tak nangis, aku lak wat drama sebabak kat airport Miri tue. Hehehe…Berpuasa di sini, lebih kurang berpuasa di luar Negara. (macam penah ke luar Negara cam cik eilot je gaya cakap tue…huhuhu…) Bukan apa, majoriti kat sini mengambil mudah bab-bab berpuasa nie. Ada yang sudah tua bangka, masih tak tahan nak berpuasa. Mengalahkan si faiz, adik aku. Tatau la mentaliti mereka nie macam mana. Moga-moga Allah sentiasa melindungi aku di sini.

Hmm, Cik eilot telah selamat menjejakkan kaki ke Johor. Semalam abah dan mimi amik di KLIA. Cet, kenkunun mau jeleskan aku yang mak masak nasi lemak rendang. Sekali call mak, mak kate, mane ade mak bekalkan abah. (erk, kenkunun tak jeles, tapi sebenarnye agak terliur la dengar menu semalam. Astaghfirullah…pose,pose..) Erk, call tadi, she is still sleeping due to jetlag. Huh, makcik tue…jetlag sokmo. Oh, hampir terlupa. Today's Abah’s birthday. Yang keberapa? Yang ke 59 tahun. Huhuhu…next year dah 60. erk…aiyokk! Tadi masa call nak wish, abah tengah berbual dengan pakcik Rafi. So, just make a simple and short wish. Ye la, nak borak lebih-lebih, ada orang lain. Semoga abah beroleh kesihatan badan yang baik, dilapangkan rezeki, dipermudahkan segala urusan. Semoga abah sentiasa ceria di samping kami semua. Hehehe…




Tangan yang menaip: On Tuesday, battle of the brain start. Hehehe…UPSR. Tatau la dak-dak aku ok ke tak. Last time check their performance, mendidih menggelegak darah aku. Cuti seminggu, cuti segala ilmu. Tak ingat dah apa yang patut dibuat. Ko, kena basuh dengan aku past few days. Tapi, basuh basuh manja la. Nak bagi naik sikit semangat dorang. Hmm, one of our ayam tambatan telah dimasukkan ke hospital. Ke Kuching lagi tue. Kesian. Mesti tengah tensi bertimpa-timpa. Teacher doakan awak cepat sembuh ye.