UPSR's over. Lega seketika. Tapi dalam sebulan setengah akan datang, muncul balik la kerisauan itu. Huhuhu…I asked my pupils about the papers. They told me that they confident they answered the best. But, when I checked their paper 1, there were several careless mistakes. Haiyaa…my dear. How come nie? For Paper 2, dorang ckp kebanyakannya keluar. Alhamdulillah. Cumanya, dorang nie bukan boleh percaya sangat. Yang aku selalu tegur tue la yang selalu dorang cuai. Hmm, but, I knew, you’ve done your very best. Kita sama-sama tunggu result ye. And I pray the best for all of you.
Kelmarin call rumah. Mak bercerita tentang keghairahan makcik jetlag dan konconya, cik kin, menyetelkan segala kat rumah. Hahaha…mesti risau la makcik jetlag tue. Siap tanya, “long, ko balik bile nie? Cepatla balik. Cuci tingkap.” Hohoho…aku cuci tingkap? Cuci pintu? Bersihkan sawang? Bukan ler tue. My job scope tak termasuk area depan ye cik jetlag. I know, ko sibuk sekarang. Tapi dekat nak raya ko tak berapa sibuk. Yang sibuk time tue, aku nie ha. Huhuhu….eh cik jetlag, anda tidak bershopping ka? Pegi la, pegi la…saya ingin menyuruh anda mensurvey stiletto or wedges untuk saya. Di sini, kureng menarik. Tolong survey cik jetlag. Tolong la…tolong la…
Tak sabarnya nak balik raya. Jasad je kat sini. Jiwa ragaku di rumah. Arghhh!!! Sungguhla tak patutnye cik teacher nie. Nak wat cane, aku pasti, bukan aku jek. Geng yang lain pun kan? Kan? Kan? Huhuhu…Mr.E lagi la…kelas cuma 2 hari seminggu. Nie dah de kat kampong. Ahad balik KL then selasa dah start cuti raya. Tak aci la cik awak. Saya pun nak macam tue jugak. Tapi takpe, saya doakan awak diposting jauh…so nanti jadi fair and square. (hahaha…jahat punye doa. Sesungguhnya, Allah tak makbulkan doa yang berbaur dendam. Ibarat kata Mr.E revenge of the fallen nie tak baik.) saya tak kira. Saya tetap nak jugak rasa jeles itu. Huhuhu…
Rentetan cerita ‘apa aku rasa? Klausa 5’:
Semalam (080909) aku mendapat satu kejutan. Sungguh tak sangka. Time tue, kitorang sedang duk borak-borak dalam bilik guru. Cerita pasal nak balik raya. Macam biasa, aku selalu kena usik dengan cikgu-cikgu lain. Mula-mula dorang dengki nak buat sambutan penutup kemerdekaan hari Khamis time aku balik. Kenkunun nak buat sampai petang. PK aku lak dok kate, kalau dia, dia nak buat hari Jumaat. (dah tentu2 aku kat johor Jumaat tue…huhuhu…saje jek!) Erm, ade sorang cikgu nie, cikgu A telah digossipkan dengan aku. Aku, sengih je la yang mampu aku buat. Cikgu-cikgu lain dok usik kate Cikgu A nie tak balik kampong dia takpe, tapi boleh beraya ke Johor. Masa sebut Johor tue, semua pandang aku. Adakah aku yang dimaksudkan? Aku pun cakap la, silalah datang. (tapi, alang-alang dah balik semenanjung tue, pepandai la ko nak balik kampong ko…jawab hatiku yang sebal…huhuhu.)
Usikan demi usikan itu berlangsung selama 10 minit. Dok gelak-gelak. Dok jawab menjawab. Dan tetiba cikgu A nie bukak cerita. “Eh, cikgu sekolah ‘T’, si ‘B’ tanya pasal ‘F’. Dia tanya ‘F’ nie dah ade orang ke belum. Dia nak try.” ‘F’ is me, ok. Aku terkejut. Merah tak hengat la lepas tue. Pakai baju pulak ala-ala merah. Terdiam sekejap aku. Cikgu-cikgu lelaki yang lain apalagi terus cakap, “A, cepat-cepat la ikut ‘F’ balik Johor. Takkan nak biar ‘B’ tue tackle ‘F’.” Ha, terang-terangan mereka membuli aku. Bengong tol! Pastue, A sambung cerita lagi. “Aku tanya ‘B’ mana jumpa ko. ‘B’ kata penah nampak ko kat PPD. Dia cakap ko comel. Aku jawab la memang ko comel.” Banggakah aku? Sukakah aku? Yang pasti, semua tue dikhabarkan terang-terangan yang mana aku rasa macam nak masukkan diri aku sendiri dalam pencil case aku. (malu siot!)
Nie yang tak best nie bila kita menjadi perbualan orang. Memang seyes la nak masukkan badan aku dlm pencil case aku yang agak bagak tue. Apa yang aku buat time tue untuk cover malu yang amat? Tersenyum sambil menanda buku. Yang lain semakin giat membuli aku. Mak!!! Tolong!!! Confirm la pasnie pegi PPD aku terpaksa lebih berhati-hati. Kalo la tersama kursus dengan cikgu B tue, memang akan terjadilah kemerahan tanpa dijangka…kan? Adeiii…susah,susah. Tak bebas la I lepas nie…adei dei dei…
nie ropenye pencil case aku yg bagak dan nazak...muat tak? muat tak? huwaaaaa
hahhaa
ReplyDeletecikgu B ke cikgu A
ke MR.E jek dah ok?
erk...tgk yg lain la...boleh ka?
ReplyDeletehehehe