Sepanjang dua minggu nie, aktiviti saya telah terisi dengan JAYAnya. kenapa JAYA? kerana saya sangat letih plus penat plus tak cukup tido plus tak cukup rehat plus berlaku sedikit expose mistik. huhuhu...tapi, saya juga sangat seronok sepanjang dua minggu ini.
(1) Lawatan Anak-anak Pedalaman Ke Bandaraya Miri : Indahnya Bandarayaku.
Ini aktiviti pertama yang berlaku dua minggu lepas. Saya dan partner saya telah ditugaskan untuk membawa murid-murid seramai 11 orang mengikuti lawatan ke Bandaraya Miri. Kami pergi dari 12 Oktober sehingga 15 Oktober. nyaman tuk di sana. kami telah ditempatkan di ParkCity Everly Hotel. murid-murid 'bertuah' ini telah berpeluang merasai pengalaman tinggal di hotel. tahap kejakunan mereka semua telah menyebabkan kami guru-guru pengiring berasa sedikit malu. kejakunan pertama mereka adalah berkisar tentang elevator atau secara ringkasnya 'LIF'. memang mereka tidak pernah merasai lif, maka bukan sahaja murid dari sekolah saya, sekolah lain juga. mereka turun naik lif sehinggakan tetamu hotel yang lain mengalami kesukaran untuk masuk ke bilik. oppsie, bukan sahaja tetamu, kami guru-guru juga sukar untuk naik ke bilik. sudahnya, semua murid-murid ini telah diberi amaran oleh ketua rombongan pada malam harinya.
kejakunan kedua mereka, berkaitan dengan swimming pool. humangaih!! lagi la malu. mereka dengan kebasahan melampau selepas mandi pool, naik ke bilik mereka. menyebabkan lobby menjadi basah. huhuhu...dah la tue, terjun swimming pool macam terjun sungai. scary dowh aksi mereka. saya pun jadi la tarzan melarang mereka terjun gaya bebas sebegitu. huh!
selain kejakunan mereka, apa yang saya dapat simpulkan, saya merasa simpati dengan keadaan mereka ini. hmm, sedih pun ye. ade yang ikut lawatan tanpa membawa wang saku. tengok kawan beli itu ini, terbayang riak-riak cemburu pada wajah mereka. kesian sungguh!! ada diantara mereka yang memang langsung tidak pernah keluar ke bandar. sungguh sedih!
ok, enuff saying about their 'kejakunan dan simpati saya'. tempat-tempat lawatan adalah seperti Marina Bay, Menonton wayang-papadom- (ramai yang mengalirkan airmata!), airport (group saya dan sebuah lagi sekolah berkesempatan melihat sesi penerbangan kapal terbang. seronok budak-budak nie.) dan juga shopping mall. di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti.
(2) Lawatan ke Gua Niah.
Lawatan ini disertai oleh guru-guru. Saya, KakDee, Zizan, Ina (tunang Zizan), Hilmi, Ustaz, dan Manikam. kami bertolak jam 9 pagi, sesudah selamat memenuhkan perut dengan sarapan pagi. perjalanan ke pintu masuk Niah National Park mengambil masa 30 minit. sesudah tiket dibeli, kami meneruskan perjalanan ke Jeti, untuk menyeberangi sungai. kemudian, kami berjalan masuk ke dalam untuk menghampiri pintu Gua. perjalanan masuk keluar gua mengambil masa 5 jam. bermula jam 10 pagi dan keluar semula ke jeti jam 3 ptg. sungguh memenatkan tetapi seronok. i enjoyed every moment there.
Lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil. (erk, keluar gua dah bercampur bau taik kelawar, taik burung, bau gua lagi...bussss---suuukkk!!) huhuhuhu.
(3) Camping Tahunan - Pengakap.
Perkhemahan Tahunan Pengakap telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober. Sangat letih. terutamanya untuk dua orang cikgu dan juga 10 orang pelajar lain kerana mereka akan mengikuti Perkhemahan 1 Malaysia. dijemput melihat gambar yang tak seberapa nie...susah woo mau upload!!
Perkhemahan Tahunan Pengakap telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober. Sangat letih. terutamanya untuk dua orang cikgu dan juga 10 orang pelajar lain kerana mereka akan mengikuti Perkhemahan 1 Malaysia. dijemput melihat gambar yang tak seberapa nie...susah woo mau upload!!
tangan yang menaip: i rasala kan, i la mak tiri paling garang dlm kem tue...cian my anak-anak...huhuhu...
No comments:
Post a Comment