Friday, October 2, 2009

Raya Raya Raya...(nada gaia gaia gaia tau!! huhuhu)

         Sepanjang cuti seminggu beraya, tak berapa nak sempat mengupdate. Huhuhu…busy? Agakz la…hmm, mau cerita dari mana ye? Ok, let’s start with preparation before raya.


         Aku sampai Johor hari Khamis, jam 8.10 mlm. Flight awal sampai. 20minit jugakla awalnye. Berbuka dalam plane. Cume air kosong + choc zip + crispy. Mamat sebelah aku tgk tak de mknn untuk berbuka. So aku offer la cekelat. Minah sebelah sini pun aku offer jugak. Mmg la dia de membeli makanan, tapi kang kate tak offer dia plak. Hmm, sesudah berbuka pose, aku dah terkebil2 mcm mengantuk nak tido. Tapi tak leh tido. So nye, dok dgr mp3. sambil dgr lagu tue, terdengar la pulak pakcik belakang membaca yassin. Bagus betul, satu family baca yassin dan berzikir. Aku terus matikan mp3 dan ikut dorang baca yassin. Agaknye berkat pakcik tue baca yassin, so our journey was smooth. And early than usual. Alhamdulillah.


       Sampai di Senai, mak ngan abah dah tunggu. Tapi beg tak keluar lagi. Bengs toll la. Then kenal dgn sorg minah, cikgu gak. Dak yong peng ngajar kat baram. Sama options dgn aku. Minah nie balik umah kakak dia dulu before balik yong peng. Dpt sorang kawan johor lagi. Jun balik sabtu. Kesian minah tue…huhuhu… beg dah keluar dan aku dengan machonye melangkah keluar. Jumpa mak abah and terus la ke parking. Dup dap dup dap! Cik Kelly dapat ‘kad raya’, a.k.a kena saman because abah tak park kat tempatnye. Itulah abah aku. Asal mudah untuk dia, dia parking. Instead of just paying for RM1, he has to pay for additional RM79. saman RM80. terus mood semua orang lari. Especially me. Ye la, cik Kelly kan under nama aku.


Sampai umah, cuci muka terus makan. Lapo teramat. Kenkunun nak makan kat kedai, sebab dah mood semua2 swing, terus jek balik umah. Walaupun lapo, aku makan sikit jek. Lepas makan, bagi2 buah tangan kat orang, terus tido. Tak terbangun sahur. Cuma sempat la berniat. Bangun pagi, suboh and bersiap nak ke kubur. Cadang2 hanya nak menziarah dua buah kubur jek. Kubur arwah nenek ngan tok long. Sampai kat kubur, tengok2 maklong ade kat kubur nenek. So join la maklong sekali. Pastue maklong ajak ke kubur arwah tokmin, arwah nyayii, arwah tokyot dan juga arwah toklong. Kami balik umah lebih kurang jam 8.45 pagi.


Sampai di rumah, mak ajak gi beli barang-barang untuk masak esok (acara mengunjung every year). Ila and her battalion menyiapkan kemas halls. Aku kuar dengan mak dan ayid. Mula-mula ke giant. Then ke bazaar ramadhan untuk membeli tikar. Tawar punye tawar dapat la murah harga tikar tue. Dari RM85 sebiji, dapat la RM120 untuk dua bijik. Mak, bab tawar menawar nie bagi la kat dia. Huhuhu…ingat nak terus ke grocery. Tapi hujan lebat dan juga faiz perlu balik untuk pergi solat jumaat, makanya kami pulang dahulu. Ayid gi solat, aku sempat la tido seround. Hehehe…mak jugak….ahaks! lepas zuhur, kami keluar semula ke grocery. Balik dari grocery, nak menyiapkan juadah buka pose. Lauk ape ek aritue? Adoyaii…lupe laks!


Sehari before raya, masak lontong, ayam masak merah, sambal kacang (my favourite ever!!) and lodeh. Tahun nie mak suruh aku masak. Hahaha…memang la aku yang masak, masuk itu ini. Tapi, yang rase, erk silap, yg menambah rasa yang macam tak cukup, mak la sape lagi. Aku letak banyak nie, mak kate tak berapa cukup. Mak tambah la garam, gula, asam segala. Huhuhu…sesungguhnya memang aku fail la nak memasak nie. Allergic gak kot. Huhuhu… (kepada inche awak, bakal ‘tooot’ saya, terimalah saya seadanya…saya memang sangat fail untuk menyediakan juadah dan hidangan…huhuhu) Buat pertama kalinya tahun nie, aku terlambat menghantar ke rumah sedara mara. Selalu, kul 3.30 dah memulakan operasi. Tahun nie, kul 5.00 baru gerak. Giler tol aku. Bawak kete mcm pelesit, jd pemandu kurang berhemah aku hari tue. Semata-mata nak sampai tepat pada waktu berbuka. Ikut2 last year sempat gi potong rambut. This year, langsung…dah la tue, ramai pulak sedara-mara yang takde kat umah. Hangin sket.


Akhirnya, sempat gak la sampai sebelum berbuka pose. Lagi 5 minit. Juadah pose terakhir adalah yang dimasak tadi dan juga sirap bandung special abah. Peh!! Mantooop!!! Huhuhu…malam tue lepas maghrib, busu sekeluarga datang rumah. Opps, actually busu nak wat surprise kat kami-kami nie. Tetapi telah terkantoi bilamana aku gi anto kat umah tokbak. Hahaha…tu la, nyorok2 lagi. Huhuhu…lepas busu balik, mak ajak gi mencari bunga untuk makcik jetlag. Malas sebenonye…tetapi demi ibuku, kugagahi jua badan. Masuk area Bandar, humangaih!! Dah start jem. Kluang jem?? Huhuhu…


Hari raya pertama, seperti biasa lepas solat hari raya, kami bermaaf-maafan dan jeng jeng jeng…menjadi hantu gambar. Takyah citer la…tgk je la gambo yang tak seberapa nie…

family potrait!



sepupu sepapat


biiiigggg family..(but missing 2 families wt tokbak n nenek)

(mahapkan saya...xsmpt upload byk...)


Hari kedua, dah start tolong mak. Member mak mintak tolong mak buatkan rojak tahu untuk open house rumah dia. Satu kluang cari tahu tak de. Out of stock! Sampaila ke satu kedai nie, tue pun dah siap call makcik lela kate tak dapat buat rojak tue, jumpa kedai yang jual tahu. Mak sapu habes. Huhuhu…dah siap, hantar la ke rumah makcik lela. Attend gak open house dia tue. Otw blk, ikin call kate ade 5 buah kereta otw nak datang rumah. ‘Serangan’ dari dua pupu abah.


Raya ketiga duk tunggu orang kat rumah jek. Uda sampai dengan familynya. Lepas orang datang, abah ajak kami beraya pulak. So nye, sesi beraya juga berlangsung kembali. Raya keempat, aku beraya dengan nome. Kami melangkah ke rumah yana. Lama gak kat umah yana. Si Man, hubby yana, dok la suruh kitorang nie kawen cepat. Siap bagikan dateline. At least tahun depan, nome dah 7 bulan and aku dah 4 bulan. Aku tanya kenapa nome 7 bulan. Sebab dia kat semenanjung, cepat sikit kawennye. Hahaha…lawak sungguh… lepas gi umah yana, kami ke rumah baiti. Then ke rumah ani. Humangaih anak-anak anie, si twins –arif & aniq-! Semangat bukan main!! Mak ayah pun sama naik. Huhuhu… malamnye, sambungan beraya ke rumah sedara mara lagi.


Raya keempat, mak ngan abah ke perak. Member kamceng dorang ajak merisik plus bertunang. Tinggallah kami adik beradik di rumah. Dalam kul 11, aku, mimi, farad an ayid keluar. Saje je. Takde keje la katakan. Eh chop! Ade kerja. Gi bayar duit kete and YTN. Then dpt message dr Mr.E. dia kata dia ade kat kluang. Nak dtg umah boleh? Aku jawab la boleh jek. Tapi tuan rumah takde kat rumah. Yang ade cume anak-anak tuan rumah. So, mereka-mereka datang jam 3 petang. Kenkwn dia adalah my juniors kat STK. Huhuhu...

 
Raya kelima, mimi wat BBQ. Tengok je la gambo yang tak seberapa nie.



isk2...dua jek leh upload...

 
Raya ketujuh, balik miri sudah. Keluar pagi coz hantar fara ke BP. Bas dia kat BP. From BP, ke pontian. Attended kenduri kawen kawan abah. Sampai kat airport, ngam2 kul 2. nak gi scan luggage, kena tegur dgn guard tue. “Dik, gi miri he? Kaunter belum bukak lagi. Kul 2.15 baru bukak.” Erk, selalu boleh je dok scan dulu. Aku pun ke toilet. Mak jaga luggage. Balik semula ke mak, tgk, luggage dah beratur dulu dah. Pulak dah.


Aku tak bagi mak ngan abah tunggu lama. So, dalam kul 3 aku suruh dorang balik dulu. Yela, bawak tokbak. Tokbak kan takleh penat sangat. So, aku pun masuk kul 3, mak, abah & tokbak balik terus. Eh, chup! Tak, tak…time aku call mak tanya dah keluar ke, mak kate abah ngan tokbak gi beli eskrem. Huhuhu…mak tunggu kat parking sudah. Sian mak. Then, dorang memang tak balik terus. Menyinggah makan cendol bagai dulu baru balik. Huhuhu…


Before naik flight, jumpa kawan yang time balik raya dulu. Mai nama dia. Then tanya Jun, rupenya minah nie pun balik sama ngan aku. So, bertemu la kami. Huhuhu..time queue nak masuk, FA tue cakap la pintu mana perlu masuk. Yang lain aku dengar semua dia kata pintu depan, termasukla mai ngan jun. bila tiba turn aku, “Pintu belakang!” tergelak kami. Yela, tetiba lain dari yang lain. Huhuhu…

 
Dalam flight, aku dapat kat bahagian tengah. Cess!! Confrem aku termabuk nie. Huhuhu…sedang memerhatikan orang tetiba, dudukla sorang mamat nie. Boleh tahan. Aku tengok dia macam terkial-kial. So, dengan baiknya aku bertanya, “duduk dalam ke?” dia jawab tak. Tapi, dia nak tukar untuk duduk dalam. Maka kami ditempat masing-masing. Sementara tunggu passengers lain, mamat nie memulakan perbualan. “Cikgu ke? Januari?” aku pun menjawab dengan senyuman. “Ye.” “Tau dah. Muka cuak nebes jek” cet! Siot jek kutuk aku. Aku senyum jek. Then aku diam. Bila keadaan dah terkawal sket, dia tanya, bleh tukar tak? Aku jawab, kot yang duk dalam tue datang? Ok, kami Cuma bertukar tempat sambil menantikan kehadiran seorang lagi penumpang. Lepas dah head counts, kami menukar lagi tempat. Aku ditempat aku, mamat tue masuk duk kat dalam. So, start dari time itulah perbualan tidak berhenti. He is so friendly sampai aku rasa tak segan pun nak berborak.


Dan dia terkejut bila dapat tahu umur aku. Nampak muda ke? Mula-mula dia takmoh habaq. Tapi aku pakse gak. Then dia cakap, tak gaya macam 27. erk, compliment or insult? Ntah la…kalau dulu mungkin suka gak dengar muka aku nie tak gaya 27. tapi, sekarang nie, rasa macam semacam pulak. Takut-takut pulak orang kata tak sedar diri. Tapi, I am what I am. Try la ubah penampilan pun. Mesti orang tak teringat yang aku nie dah tua. Oopsie, lupa habaq. Mamat nie dah bertunang. Cikgu jugak tue. Seb baik dah bertunang. Hahaha…kalau tak...Confrem aku try masuk line. Hensem pun ye. Huhuhu…kembang la kamu inche bila kamu mendengar pujian saya ini. Hahaha…


Flight sampai awal. Before 6 dah sampai. Aku call pakcik. Rupenya, pakcik baru jek sampai airport. So, takla menunggu la. Tapi, nak masuk kampong, humangaih!! Aku sempat tido! Tido dari area Bakam sampai ke jalan masuk kampong. Gilak letih gamaknya. Erk, yela, dok layan mamat cikgu itu berborak, mana sempat mau terlelap dalam flight…kan?kan?kan? sampai umah, kejar solat maghrib. Tunggu jap ke solat isyak. Mandi. Then panaskan lauk-pauk. Makan. And tido. Huhuhu…


Hari Selasa, sambutan hari raya peringkat sekolah. Believe it or not. I was cooking on that day. Hahaha…FAR masak?? Mesti tak percaya kan? Itulah yang terjadi. Aku masak. Masak apa? Aku buat SOTO and pudding cocktail. Takut giler malam before nak masak tue. Takut tak sedap la. Takut tak jadi la. Puas la tanya mak. Sampai kena gelak dengan mak. Buat malu jek anak dara mak sorang nie. Huhuhu…the result? Wahahaha….aku pun terkejut. Masakan aku yang dituju dahulu. Dorang dok rasa pudding cocktail dulu. Then soto. Huahahaha…kerani aku komen, boleh bukak kedai nie. Yang lain pulak cakap, boleh masak lagi pas nie. Yang pastinya, aku puas hati campur terharu. Best ke aku masak? Hahaha…yang pasti dan sejujurnya, aku memang tak reti masak. Setakat campak-campak memang terer la. Tapi, alhamdulillah. Mission accomplished!! Success!!


Rabu dan Khamis, kami cikgu-cikgu memulakan aktiviti berjalan raya. Hahaha…hampir setiap rumah kami dihidangkan dengan durian. Sudahnya aku melantak dan muka sudah naik merah-merah. Panas! Papepun, orang-orang kampong nie memang la friendly dan sangat suka bila cikgu-cikgu datang rumah mereka. Alhamdulillah. Hmm, itulah kisah rayaku yang tak seberapa. Erk, tak seberapa ka? Hahaha…dah beberapa jugak nie. Ahaks!!










Tangan yang menaip: When people say, let’s forgive and forget I cannot do that. I just can forgive. But, deep inside my sweet little heart, I cannot forget. It hurts like hell!! Sorry to whom it may concern. I’ve try to forgive and forget. But, sorry! Still can’t. And I always pray that one day I will be able to forget everything. Sensitive he? YEP!! Sememangnye…sorry again!















No comments:

Post a Comment