Menjelang detik nak balik miri, sempat mencelah kejap kat sini. Happy New Year 2010!! moga2 apa yg kita azamkan tercapai. urm...azam saya? salah satunye untuk menjadi lebih serius dlm memikirkan dan membincangkan tentang 'itu'. takmoh main2 lain. lagi dua tahun dah cecah angka '30'. takut gak woo...huhuhu...azam yg lain, biarlah tersimpan sahaja. and insya allah, akan cuba dijayakan, seperti tahun2 sebelum ini.
Thursday, December 31, 2009
Monday, December 28, 2009
weekend yg 'cemerlang'...yeehaaa!!
Sepanjang cuti krismas yg lepas, kami sekeluarga telah bertandang ke Serdang, Selangor bagi meraikan majlis pertunangan cik Maya aka Mardhiah Abd Rashid. Kami telah bertolak selepas solat Jumaat dengan berkonvoi menaiki dua buah kereta. oopss!! Mr. Vic cik Mimi sampai sehari sebelum krismas. yee huu!! Perjalanan? urm, agak lancar walaupun terdapat sedikit ke'jammed'an di beberapa kawasan. normal la kan? kui kui kui...
Dengan keadaan batuk yang agak mencabar persekitaran, aku gagahi jua. ceh!! mcm la penting sangat..kan? yang paling aku salute, majlisnye sangat cepat berlangsung. cepat yang mana wakil dari pihak sana tidaklah terlalu formal. straight to the point! cepat, pantas, padat! huhuhu...aku suka gilerr coz tak perlu l berpanas2an dan berlama2an. kan senang macam tue...kan? hmm, pas majlis maya, sedara2 yg hadir dengan jaya dan machonye telah melemparkan soklan bonus beserta dividen tambahan kepada...aku la sape lagi. huhuhu...kalo guna no comment, tue dah macam meniru artis lak kan? so, jawapan standard aku sejak sekian lama...next year! mudah2an tahun depan, terrealisasilah next year aku dan impian mereka semua. Amiin!!
Sampai di rumah, aku, ila dan mak telah 'dikuarantinkan' di satu bilik. tapi seperti malam2 sebelumnye, aku je la yang kung kang kung keng batuk tetengah malam. dah nasib badan kan...kalau batuk memang sangat la susah mau baik. tahun 2009 nie jek, dekat empat kali aku batuk!! rekod tahun nie...huhuhu...urm, tinggal beberapa hari jek lagi nak tahun baru. azam? resolusi? hmm...lum terpikir. tapi yang amat pasti, sejak 2008 dan tahun ini, 2009, alhamdulillah semua yang aku azamkan dan impikan, terlaksana dan tercapai. so, kena realistic jugakla azam tahun depan nie...hehehe...insya allah!!
tangan yang menaip: baru selesai membaca JAJA&DIN. erk, sungguhla terharu kerana kaksu telah mengabadikan nama 'ejot' didalam novelnye. satu bab lak tue...huhuhu...dahla watak utama tue nama i jugak. cuma lain ejaan jek. tak ketinggalan, nama yun pun ade...thanks kaksu!! huhuhu...(bangga nak pecah lobang idung pun ade nieh!!! hahaha...ntah pape jek!!)
Monday, December 21, 2009
[Daripada ALLAH kita datang, Kepada ALLAH kita kembali...]
Seawal pagi, aku dikejutkan oleh message dr kakdee. my pupil yang sakit telah kembali ke rahmatullah. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Saifullah bin Sahari. Al fatihah.
Friday, December 18, 2009
New Year, New Beginning...1431H
Salam to all...
Satu permulaan tahun yang agak baik bagi aku...
Semoga sepajang tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sudah...Insya Allah...
Monday, December 14, 2009
365?
365? apakah 365? kedatangan tahun baru? kepergian tahun yang lama? huhuhu...bukan kedua-duanye. 365 merupakan bilangan hari yang diberikan kepada saya... untuk ape? jeng jeng jeng...dah confirm akan saya ceritakan sepenuh2nye...cume telah sy ceritakan kepada beberapa pihak saje. ye la, benda tak pasti, takut nak announce. huhuhu...
syhhhh..nnt ek..? ;-p
ok, sepanjang tidak mengupdate, saya sebenarnye telah memulakan langkah cuti2...ke mana? KL sajek...just gi gather dgn IJA, WAWA, n LISA. gi movie, gi karoks (sampai suara ala-ala 'manje' nie...), gi umah mdm R. hmm, dua hari yang padat dan berbaloi. tukar-tukar cerita. mmg girls' day out la pokoknye. and i've made a statement, "gurls, next year eclipse jom...with partners?" hahaha...2x twilight series only us, so ape salahnye 2 lagi series with partners kan? huhuhu...dorg pun menyambut baik...(alo makcik, sukasuki buat plan? sudah ada calon kah? kui3..)
di kesempatan itu juga sempat menjengah rumah puan ida. ye la, i tak pernah jumpa cik pia lagi. sempat gak bertukar story mory. sorry kenkawan yg lain, mmg tak sempat nak curik mase. gi umah ida tue pun, pagi tue ida msg, br plan...takpe, we try to meet up...mase wedding finy, maybe? ok?
tangan yg menaip: sesungguhnye, balik umah mmg mls nak hapdet. kalo kat miri tue, punye la rase perlu hapdet hari2....itula namenye 'CUTI PERLU DIISI SEBAIK MUNGKIN!!'
Monday, December 7, 2009
[GuRinDaM SpOnTaN]
MaLaM GeLaP tAnPa cAhAya...
dGn mOto bkN KeReTa...
aKu kELuaR m'BeLi tOpUp...
di KeDaI pAk Leh sMpg 4...
kEraNa diRiMu yG iNgInkU pIkaT.....
that gurindam entitled 'topup ku hbs krn dirimu...'
you are so funny!!! lwk btl...ntah pape...nk ngayat tue, mcm2... ;p but, hmm, nice try dude!!
Thursday, December 3, 2009
[ drama swasta ]
drama yg berlaku ini telah mengkucarkacirkan birthday ikin. cian ikin. tp, mmg, bila pk2, igt2 semula, mcm lawak! lawak org tak berpelajaran...xsesuai dgn title yg dipegang. huh!!
kisah nie terjd pd 30 november yg lalu. hmm, umah lama kami telah abah sewakan. dlm dua tahun disewakan, bermacam ragam penyewa. yg terdahulu mmg bley dimahapkan la. tapi, yg latest nie...hmm...ntahla... penyewa yg latest merupakan seorg ustazah. diulangi -USTAZAH-. supposely, seorg ustazah menunjukkan ciri2 org yang beramal soleh, berbudi bahasa. tetapi, sebaliknya yg berlaku. bukan nak mengaibkan. tetapi, nak mengingatkan sesama kita.
ok, berbalik kpd citer td. sebenarnya, ustazah nie dh dua bln xbyr sewa. sejak bulan 8. abah dh warn. then smp satu thp, abah suruh dia kuar. tak pyh byr sewa bln 8 & 9 sebab msk deposit dulu. then hubby this lady dtg merayu kat abah, mintak sebulan lagi. ok fine, abah bg and kena byr sewa sebulan la kan....tarikh utk this lady kuar pada 30/11. if 1/12 dia xkuar, abah nekad potong api air. then aku lak nekad mengeluarkan aura2 puteri hang li po aku. (hahaha...mementang anak tuan rumah...kan?) kenapa aku lak nak masuk campur? sebab dia kurang ajar dgn abah. kalo dia beradab sopan, insya allah aku akan beradab dan menyimpan aura2 puteri hang li po aku tue.
tang mana this lady kurang ajar? mst semua tertny2...kekurang ajaran dia tue bilamana dia gi canang kat semua residents tmn tue, dia xnak pindah. apa nak jadi, jadi lah. dia berkeras nak duduk gak kat umah tue. tak ke bodoh! dahla rumah bapak aku. dok bercerita mcm bapak aku pulak yg menyewa kat situ. WTF??!! masa dgr tue, menyirap gak aku. dah nak kuar gak aura2 tue. seb baik msh kat miri.
aku terlupa sbnrnye yg this lady akan berpindah. dlm kul 9++, my former neighbour called me. memula mntk nombor mak abah. dh xdpt contact dorg, dia terus habaq kat aku psl this lady. dia kate, this lady dh angkat brg. my neighbour suh aku dtg utk amik kunci. memula, aku mntk tlg my neighbour utk mengambil dulu kunci tue. tp, my neighbour said, this lady dgn org2 tmn tue dh lame x bertegur sapa. aik!! mcm mslh beso jek. sonye, aku call mak dulu. tny pdpt mak. mak suh aku pegi. tp bwk tmn. maka dgn itu, aku, fatin n fara pun pergilah ke rumah lama kami.
aku xkacau pun la time dorg ngangkut brg tue. aku stay umah makcik ain, my other neighbour. tgk dr dlm umah. 2nd time lori angkut brg, pakcik leman suh aku gi check kot ade pape yg rosak. aku pun pg la check. check lampu kipas sume ok. then gi dapur. astaghfirullah!!! berape lame agaknye xmengemas?? then tgk bilik mandi!! BULLSHIT!!! PENGOTOR!! ade ke bilik mandi yg masih elok segala2nye dijadikan tmpt pembuangan sampah?? tak belajar sivik ke? tak belajar kebersihan ke?? menyirap dh aku!!! b4 keluar, aku mintak tlg dr anak ustazah tue, utk dia membersihkan bilik mandi tue. oh lupe...ustazah xde, dia gi anto brg2 ke rumah barunye.
dorg siap mengemas lebih kurang kul 1.30 la. aku mintak dgn elok, kunci umah aku. bile mntk latest bills, dia kate ntah kat mane die letak. mls nak memanjangkan isu, aku biarkan. jeng3...di sinilah kekurangajaran bermula lagi. lepas dorg blah, aku masuk umah. memang BULLSHIT la...sampah masih berlonggok dlm bilik mandi. mmg mcm umah tggl la...dh tue, smph2 nasi dia buang jek kat luar rumah. aku rs mst dia sakit hati kena 'halau' dr rumah tue kot. kemudian, fatin bersuara dr ruang tamu. eh, ape nie long? kami pun menanggalkan surat khabar yang ditampal di dinding ruang tamu. Astaghfirullah!!! di situ, terdapat contengan luahan rasa. ala-ala diari ramadhan rafique la. ade masa, tarikh dan hari. mcm lawak. agaknye, xcukup balckboard kat skolah nak diconteng smp dinding umah aku dijadikan mangsa...huhuhu...mst ade screw yg tercabut nie?? huhuhu
sbb bau yg terlampau...maka ptg tue jugak kami adik beradik berganding bahu membersihkan rumah. memang melampau la ustazah nie. taktahu gamaknye, kebersihan asas keimanan?? ntah pape betul la...kesian kat cik ikin. this was her unforgettable birthday ever...i guess!! xpe kin, kami balas keunforgettablelan itu dgn sebijik kek cekelat yg sggh lazat...yum yum yum...hehehe...psl ustazah tue, hmm, lantak pi la dia. smg satu hari nnt dia sedar akan kekurangan diri.
Tuesday, December 1, 2009
A Year.....passed...
It's been 199 days in school. That's mean, I was being a teacher (recognized!) for almost a year. Huhuhu...sape sangka kan? Starting from 5th January till 20th November 2009. What I've been through for almost a year was something precious. In this remote area, I learned to be a good girl. I learned to be patient. I learned to be grateful. Thanks Allah for this wonderful experience. Here also, I've learned not to trust people easily. The people you trusted might be the people who will destroy you, slowly! And the result from my pupils, walau tak tercapai nak dibandingkan dgn budak2 bandar, tapi, alhamdulillah. semua yang i target, tercapai. Orang selalu tanya, taknak pindah semenanjung ke? ade ke yg xnak pindah semula? yg pasti mmg nak pindah TETAPI kena tunggu. lagipun, ade bende 'yg tak setel' lagi. so, i have to wait, and wait. ye la, bagi semua setel, then barulah lega dan senang hati nak tukar, kan?
Ok, kita tukar topic. actually, n3 kali nie lebih kepada rangkuman semua activities dari sampai umah on 21st November hingga ke hari nie, 30th November. kita mula satu-satu la.
1) 21st November - 25th November
Sampai Kluang kul 12 midnite. my beloved official transport telah mendelaykan schedule saya buat kesekian kalinya. what to do, takde alternative lain dah. ade tue ade, tapi leceh sket. so, nak tak nak, terpaksala bersabar... esoknye, xbuat pape...dok umah...layan kanak2 di rumah. wat havoc sket kat umah. Isnin plak, teman mimi gi Kota. tokbak ngan nenek nak ikut. so, anta mimi kat science school, kami ke rumah tokteh. balik dari Kota, org s'pore nak dtg. anta abah ngan eilot. On Tuesday, pagi2 keluar gi setel bil, utang piutang. hajat di hati mau menonton wayang. sudahnye terlalu awal dtg. maka, terbantutla 'hajatku' yang 'MURNI' itu. balik umah, smbg activity berkebun. my new hobby. hahaha...mak perli, kalaulah rajin berkebun in real life, kan ke bagus...tangan 'panas' la mak...hahaha. Malamnye, after Isya', ke rumah makngah di Batu Pahat. Fara sampai dr Ipoh kul 4am. so, kali nie dok tido umah makngah.
Lepas amik Fara, sambung tido. bangun subuh and bersiap nak balik. makngah ajak breakfast. gi breakfast then balik. otw tue, mak suruh singgah di ayer hitam. pekan rabu. tawaf la seround dua. then balik. dlm tgh hari br smp umah. smp jek, lepak gill! nak tido, batuk teruk. so, dok layan UNO. nie pun antara activity wajib sejak sampai umah. huhuhu...
Ok, kita tukar topic. actually, n3 kali nie lebih kepada rangkuman semua activities dari sampai umah on 21st November hingga ke hari nie, 30th November. kita mula satu-satu la.
1) 21st November - 25th November
Sampai Kluang kul 12 midnite. my beloved official transport telah mendelaykan schedule saya buat kesekian kalinya. what to do, takde alternative lain dah. ade tue ade, tapi leceh sket. so, nak tak nak, terpaksala bersabar... esoknye, xbuat pape...dok umah...layan kanak2 di rumah. wat havoc sket kat umah. Isnin plak, teman mimi gi Kota. tokbak ngan nenek nak ikut. so, anta mimi kat science school, kami ke rumah tokteh. balik dari Kota, org s'pore nak dtg. anta abah ngan eilot. On Tuesday, pagi2 keluar gi setel bil, utang piutang. hajat di hati mau menonton wayang. sudahnye terlalu awal dtg. maka, terbantutla 'hajatku' yang 'MURNI' itu. balik umah, smbg activity berkebun. my new hobby. hahaha...mak perli, kalaulah rajin berkebun in real life, kan ke bagus...tangan 'panas' la mak...hahaha. Malamnye, after Isya', ke rumah makngah di Batu Pahat. Fara sampai dr Ipoh kul 4am. so, kali nie dok tido umah makngah.
Lepas amik Fara, sambung tido. bangun subuh and bersiap nak balik. makngah ajak breakfast. gi breakfast then balik. otw tue, mak suruh singgah di ayer hitam. pekan rabu. tawaf la seround dua. then balik. dlm tgh hari br smp umah. smp jek, lepak gill! nak tido, batuk teruk. so, dok layan UNO. nie pun antara activity wajib sejak sampai umah. huhuhu...
2) 26th November - 30th November
Khamisnya, takde la buat apa sangat. Ye la, mak keje. so, dok umah jek. eh, eh, tak...ajak abah keluar gi beli barang2 nak masak esok. lepas membeli belah, gi breakfast mee kari yang sungguh lazat. peh!! balik tue, menyiapkan serba sedikit bahan2 untuk masakan esok. malamnye, buat ape ek? hmm, rasanye just bertakbir. Jumaat- tolong mak pagi2 tue. dok siap itu ini. and, huhuhu...abah buat pertama kalinya aku melihat, memakaikan ayid and aan sampin. huhuhu...almaklumla semua anak perempuan dia sibuk dok tolong mak. mak apatah lagi, kan. perfect la. nampak ayid semakin handsome dan aan semakin kacak! (hahaha...puji melangit nie ooi!! bagi something kat along tau...pujian nie sungguhla special...) after solat raya, maklong dtg dengan ojan. just dtg ziarah jek. lepas solat jumaat, angkatan ex-classmates i dtg. dijangkakan 30 org, sekali yg dtg just 3 org. xpe la guys, kedtgn korang pun cukup bermakna. yg dgt adalah EZZAN wt her cutie daughter, ERWIN dan LYNA wt her batallion. banyak gak yg kami borakkan.
sesungguhnya, lame xbergather bersama2 family mcm nie. hari ahad tak buat ape2. hari isnin, birthday ikin. tapi tue special n3. siap dgn drama swasta lagi. so, nntkan. nie pun n3nye dh terdelay sbb drama swasta. huhuhu..
till then. x.o.x.o. ;p
Thursday, November 12, 2009
cebisan kisah...
Apa yang aku dapat renungkan sekarang, hidup aku banyak jugak berubahnya. From the one yang sentiasa jek nak merungut menyesali kehidupan yang baru nak bermula, kepada seorang yang lebih menghargai masa dan kehidupan. Yang paling penting, ikatan kekeluargaan aku makin utuh.
Jika dulu, aku suka compare apa yang aku dapat dengan orang lain. Comparisannya dengan orang yang lebih berjaya dari aku. Aku terlupa yang setiap manusia, Allah berikan kelebihan tertentu. Diri kita sendirilah yang perlu cari kelebihan itu. Dengan comparisaon itu, aku jadi down. Sangat down. Macam bengong! Aku sering mengeluh, kenapa ya aku tak macam dia, kenapa aku tak macam mereka. What a thinking??!
Tapi, setelah Allah membukakan jalan untuk aku berubah, alhamdulillah. Aku lebih positive dan terbuka. Aku tak lagi merungut, kenapa dan kenapa. Pada aku, setiap yang Allah berikan, adalah rezeki. Kita perlulah bersyukur. Ya, aku bersyukur. Bersyukur kerana dapat berbakti untuk anak-anak yang baru nak mengenal dunia. Anak-anak yang masih ‘putih’, yang belum dicorakkan lagi. Tanggungjawab aku untuk menjadi sebahagian daripada corak yang cantik kepada anak-anak ini. Mungkin ada yang terasa kata-kata aku nie macam poyo, tapi, I know what I am talking. I juz wanna express my thought.
Baru-baru nie, ada seseorang yang telah berkata kepada aku, ‘tolong diri sendiri sebelum tolong orang lain.’ Ya Allah, adakah kerana aku masih belum punya reason yang kukuh untuk itu, maka aku tidak boleh nak menyalurkan khidmat bakti kepada mereka yang memerlukan? Tidak boleh untuk memberikan secebis kasih sayang aku kepada anak-anak muridku? Tidak bolehkah jika semangat dan juga harapan untuk melihat anak muridku ini berjaya, aku berikan dahulu sebelum aku menabur bakti di tempat lain? Wahai pakcik, saya bukan tidak mahu tolong diri saya. Tetapi, tanggungjawab saya lebih penting dari diri saya. Prinsip dan juga janji saya untuk membantu anak bangsa lebih utama.
Wahai pakcik lagi, pada saya biarlah sesuatu perkara yang saya lakukan itu, orang ingati yang terbaik dari saya. Saya bukan orang yang suka nak membuat sesuatu tanpa dilaksanakan dengan jayanya. Saya tahu pakcik banyak menolong anak-anak orang berpindah, tetapi pada saya yang punya prinsip ini, cara pakcik itu hanya membuatkan orang-orang yang pakcik tolong itu mendapat nama buruk. Bukan saya hendak mendoakan, tetapi, setiap orang ada cara tersendiri. Begitu juga dengan saya. So, please respect my principle. Kisah pakcik tue berlaku time cuti. Aku tersirap gak bila pakcik tue smash aku macam tue. Tak tahu nak luah kat sapa, sudahnya, mak la yang jadi ‘tong sampah’ untuk mendengar ketidakpuasan hatiku. Sorry mom!
Itu hanya secebis cerita tentang perjalan hidupku sebagai guru yang baru saja mahu bertatih dalam mendidik anak bangsa. Jika dulu orang tanya apakah cita-cita aku, memang konfem, cikgu tidak termasuk dalam senarai. Namun kini, jika orang bertanya, kenapa nak jadi cikgu, insya allah aku akan jawab dengan jujur. Tanpa perlu berfikir panjang. Memetik kata-kata one of my fave lecturers, “Allah had destined this miracle to you. Grab the opportunity and give the best. Insya allah you’ll be blessed.” Thanks madam. You are the best. May Allah bless you.
Sepanjang enam bulan, sudah banyak perkara yang aku pelajari. Kasihan aku melihatkan anak-anak yang agak ketinggalan ini. Tapi, bila dorang sama degil, marah tetap marah. Takla sampai memukul. Cuma berdesinglah telinga dorang dengar leteran dan bebelan aku. I can be their worst nightmare but I can also be their sweet dreams. Hahaha, macam mane tue? Aku akan marah jika mereka buat salah, and aku juga boleh menjadi ‘kawan’ mereka. Teman untuk bernyanyi bersama, bertukar-tukar teka-teki, bertukar-tukar cerita tentang pengalaman aku yang tak seberapa nie. It’s such a great experience.
Till then. X.O.X.O (hahaha…poyos, tiruk gossip girl. :P)
[miss like crazee...]
“It’s easy to discount family. It’s easy to take them for granted. But your family is your history. Your family is part of who you are.” – quoted from Sophie Kinsella ~Twenties Girl~ argghh!! Sangat la xsabarnye nak balik...bukan apa, nak cari semangat yang hampir hilang. lagi satu, dgn semua2 yg berlaku, i need fresh air. i really need a break! tepu! buntu! stuck!! nak berfikir dgn elok pun mcm samar2 jek...i miss my mum's shoulder....feel like crying now... :(
Sunday, November 8, 2009
[R.E.L.I.E.V.E.D]
Alhamdulillah...aku lega! lega kerana dpt berterus terang...
TAPI....
manusia kan, sebelum tau jawapan, kata boleh terima....
BILA KITA DAH BAGI JAWAPAN....
TAK DAPAT TERIMA..... entahlah...
apa pun, saya sudah boleh menarik nafas lega kerana telah berterus terang.
Alhamdulillah!
TAPI....
manusia kan, sebelum tau jawapan, kata boleh terima....
BILA KITA DAH BAGI JAWAPAN....
TAK DAPAT TERIMA..... entahlah...
apa pun, saya sudah boleh menarik nafas lega kerana telah berterus terang.
Alhamdulillah!
Wednesday, November 4, 2009
arrghh!!
awak.....
boleh beri saya peluang?
gulp??! argghhh!!! i can't think right now...help! help!
boleh beri saya peluang?
gulp??! argghhh!!! i can't think right now...help! help!
Thursday, October 29, 2009
[kenapa anda sibuk hal saya ye?]
Salah ke jika kita suka membaca dan buku-buku yang kita beli tue, berharga lebih RM50? Salah ke? Salah sangat ke jika kita suka membaca novel? Bukan lah tak baca buku ilmiah langsung, tapi minat kita dah ke situ…salah ke? Aku tak berapa berkenan la dengan orang yang mempertikaikan duit aku dihabiskan ke novel. Hello??!! Ade aku guna or mintak duit ko? Ade? Takde kan? Watpe kisah ke mana duit aku terhambur? Bukan aku guna duit aku untuk tujuan tak elok. Takla macam ko yang guna duit beli rokok!! HUH!!!
Bencila bila ada yang ‘sangat kisah’ dengan duit aku. Dulu dok bising pasal gaji aku lagi tinggi dari dia. Siap wat statement, gaji aku sama dengan cikgu yang dah bertahun-tahun keje. Pernah dengar istilah rezeki? Pernah kan? So, redha dengan rezeki Allah, ok? Hish!! Kadang-kadang terpikir, orang-orang macam nie takde keje lain ke? Mind your own business boleh tak? Aku tak pun rasa nak mind your business coz I know its private. Please do respect my privacy, ok??! Lagi satu, dah terang-terang aku tunjuk aku tak suka ko kenenkan aku dengan ‘he’ itu, please la stop ‘jodohkan’ kami! I’m sick of you, okkkkkk!!! Uuwweeeekkkk!! Seriously feel like to vomit!
[rangkuman activities dua minggu...letih+penat...]
Sepanjang dua minggu nie, aktiviti saya telah terisi dengan JAYAnya. kenapa JAYA? kerana saya sangat letih plus penat plus tak cukup tido plus tak cukup rehat plus berlaku sedikit expose mistik. huhuhu...tapi, saya juga sangat seronok sepanjang dua minggu ini.
(1) Lawatan Anak-anak Pedalaman Ke Bandaraya Miri : Indahnya Bandarayaku.
Ini aktiviti pertama yang berlaku dua minggu lepas. Saya dan partner saya telah ditugaskan untuk membawa murid-murid seramai 11 orang mengikuti lawatan ke Bandaraya Miri. Kami pergi dari 12 Oktober sehingga 15 Oktober. nyaman tuk di sana. kami telah ditempatkan di ParkCity Everly Hotel. murid-murid 'bertuah' ini telah berpeluang merasai pengalaman tinggal di hotel. tahap kejakunan mereka semua telah menyebabkan kami guru-guru pengiring berasa sedikit malu. kejakunan pertama mereka adalah berkisar tentang elevator atau secara ringkasnya 'LIF'. memang mereka tidak pernah merasai lif, maka bukan sahaja murid dari sekolah saya, sekolah lain juga. mereka turun naik lif sehinggakan tetamu hotel yang lain mengalami kesukaran untuk masuk ke bilik. oppsie, bukan sahaja tetamu, kami guru-guru juga sukar untuk naik ke bilik. sudahnya, semua murid-murid ini telah diberi amaran oleh ketua rombongan pada malam harinya.
kejakunan kedua mereka, berkaitan dengan swimming pool. humangaih!! lagi la malu. mereka dengan kebasahan melampau selepas mandi pool, naik ke bilik mereka. menyebabkan lobby menjadi basah. huhuhu...dah la tue, terjun swimming pool macam terjun sungai. scary dowh aksi mereka. saya pun jadi la tarzan melarang mereka terjun gaya bebas sebegitu. huh!
selain kejakunan mereka, apa yang saya dapat simpulkan, saya merasa simpati dengan keadaan mereka ini. hmm, sedih pun ye. ade yang ikut lawatan tanpa membawa wang saku. tengok kawan beli itu ini, terbayang riak-riak cemburu pada wajah mereka. kesian sungguh!! ada diantara mereka yang memang langsung tidak pernah keluar ke bandar. sungguh sedih!
ok, enuff saying about their 'kejakunan dan simpati saya'. tempat-tempat lawatan adalah seperti Marina Bay, Menonton wayang-papadom- (ramai yang mengalirkan airmata!), airport (group saya dan sebuah lagi sekolah berkesempatan melihat sesi penerbangan kapal terbang. seronok budak-budak nie.) dan juga shopping mall. di bawah disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti.
(2) Lawatan ke Gua Niah.
Lawatan ini disertai oleh guru-guru. Saya, KakDee, Zizan, Ina (tunang Zizan), Hilmi, Ustaz, dan Manikam. kami bertolak jam 9 pagi, sesudah selamat memenuhkan perut dengan sarapan pagi. perjalanan ke pintu masuk Niah National Park mengambil masa 30 minit. sesudah tiket dibeli, kami meneruskan perjalanan ke Jeti, untuk menyeberangi sungai. kemudian, kami berjalan masuk ke dalam untuk menghampiri pintu Gua. perjalanan masuk keluar gua mengambil masa 5 jam. bermula jam 10 pagi dan keluar semula ke jeti jam 3 ptg. sungguh memenatkan tetapi seronok. i enjoyed every moment there.
Lihatlah gambar-gambar yang sempat diambil. (erk, keluar gua dah bercampur bau taik kelawar, taik burung, bau gua lagi...bussss---suuukkk!!) huhuhuhu.
(3) Camping Tahunan - Pengakap.
Perkhemahan Tahunan Pengakap telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober. Sangat letih. terutamanya untuk dua orang cikgu dan juga 10 orang pelajar lain kerana mereka akan mengikuti Perkhemahan 1 Malaysia. dijemput melihat gambar yang tak seberapa nie...susah woo mau upload!!
Perkhemahan Tahunan Pengakap telah diadakan pada 23 hingga 25 Oktober. Sangat letih. terutamanya untuk dua orang cikgu dan juga 10 orang pelajar lain kerana mereka akan mengikuti Perkhemahan 1 Malaysia. dijemput melihat gambar yang tak seberapa nie...susah woo mau upload!!
tangan yang menaip: i rasala kan, i la mak tiri paling garang dlm kem tue...cian my anak-anak...huhuhu...
Monday, October 5, 2009
~kisah sepasang kasut~
Cerita sepasang kasut…hahaha…sebenarnya tak berapa bercadang nak beli kasut nie pun. Tapi, memandangkan interview bila2 masa je akan berlangsung, dan kasut yang ada telah nazak (buleh pakai lagi…tapi kat skool je la…), maka I pun amik keputusan untuk membeli sepasang kasut. So, before balik miri, hangkut mak ke Kluang Mall untuk mencari kasut. Ekceli, tak bercadang pun nak ke Kluang Mall. Dengan hanya berseluar trek, masuk kedai biasa2 jek. Tapi takde yang menarik. Maka…you know what happen la kan. Huahuahua…
Masuk Red Modani. Tapi tak berapa berkenan. Then masuk VISS. Pun kureng berkenan. Gi Cartino Sonea. Hmm, ade yang berkenan. TETAPI, 4 inches. Mahu dicop terlebey gaya? Hahaha…lagipun, kalu I beli yang 4 inches nie, baiklah bawak je kasut convo ari tue. Masuk Pasific. Gi kat BUM, Sentini, Giosarrdi, Bonia, Sembonia, Alain Delon, Carlo Rino..tetapi takde yang menarik. Dah lari sikit mood.
Nak hilangkan kesedihan, tengokla baju pulak. Mak ke tempat handbag. Handbag yang I suka ade lagi. Pakkal je la tak yah bergaya bagai bawak handbag ke sekolah. Kalu tak, memang I sambar. Huhuhu…tengok2 baju dengan Fara, cuit sana cuit sini. Tiba-tiba…ternampak kat tangan sorang makcik tue, paper bag berwarna hitam. Exclusive gill warna tue. Dalam paper bag tue ade kotak kasut. So, I menyusup kat celahan baju untuk mendekati makcik yang membawa paper bag berwarna hitam. Gilak betul mau tau dia masuk kedai kasut yang mana. Hahaha….
Misi berjaya. Makcik tue dari Cartino Sonea. Hahaha…dah masuk padahal tadi. So ajak mak turun semula. Hahaha….mencari lagi kasut yang berkenan. Dan jumpa la sepasang. Menarik la pada mata i. try. Size kecik pulak. Mintak size yg sesuai. Minah jualan itu menyatakan tiada lagi size yang dikehendaki. Mood lari lagi. Cari lagi. DAN…jumpa la satu. Try. Ngam. Mintak minah jualan itu mengambil size yang sama. Dia mencari dan I mentry. Yep! Ngam!! I terus membawa kasut itu ke kaunter. Siap dah keluar duit. Owh, dapat discount lagi. I buat muka pelik. Mamat kaunter bagitau lagi rega baru. I tanya semula. Dia tanya tak percaya ke dengan harga itu. I jawab yep. (agaknya mamat nie ingat harga tue terlalu mahal untuk I kot?? Whatever!!) Kemudian I membayar, dah berlalu dari kaunter dengan senyuman. Hehehe…dapat la sepasang kasut hitam baru yang sampai ke hari ini belum dirasmikan lagi. YeeaYY! Macam sayang jek nak pakai kat sekolah. Takpe…kita pakai lagi dua tiga hari.
inilah rupenye kasut i yang tak seberapa itu...
tangan yang menaip: Congratulations to puan zehan & en. alan kerana telah dikurniakan baby boy. semoga kehadiran si handsome memeriahkan lagi keluarga anda.
my beloved ma'am telah komen saya semakin tembam, hahaha...memang pun. she said, "u r not too 'tembam' but, it's like looking at a diff person." sangat la kan maknanye? huahuahua...
Saturday, October 3, 2009
here's more picture yg xdpt diupload smalam...enjoy!!
mak & abah
sweeetiee cheezyyy
boyzz
gurlzz
~US~
~StAr~
bbq
kipasan dari ikin
nie pulak majlis hari raya kat skool
juadah yg dibawa murid2
ini juga
~ part of my SOTO thingy~
~kuah soto...nyum nyum nyum...~
~pelbagai kek lapis...their specialties~
*kepenuhan meja...*
Friday, October 2, 2009
Raya Raya Raya...(nada gaia gaia gaia tau!! huhuhu)
Sepanjang cuti seminggu beraya, tak berapa nak sempat mengupdate. Huhuhu…busy? Agakz la…hmm, mau cerita dari mana ye? Ok, let’s start with preparation before raya.
Aku sampai Johor hari Khamis, jam 8.10 mlm. Flight awal sampai. 20minit jugakla awalnye. Berbuka dalam plane. Cume air kosong + choc zip + crispy. Mamat sebelah aku tgk tak de mknn untuk berbuka. So aku offer la cekelat. Minah sebelah sini pun aku offer jugak. Mmg la dia de membeli makanan, tapi kang kate tak offer dia plak. Hmm, sesudah berbuka pose, aku dah terkebil2 mcm mengantuk nak tido. Tapi tak leh tido. So nye, dok dgr mp3. sambil dgr lagu tue, terdengar la pulak pakcik belakang membaca yassin. Bagus betul, satu family baca yassin dan berzikir. Aku terus matikan mp3 dan ikut dorang baca yassin. Agaknye berkat pakcik tue baca yassin, so our journey was smooth. And early than usual. Alhamdulillah.
Sampai di Senai, mak ngan abah dah tunggu. Tapi beg tak keluar lagi. Bengs toll la. Then kenal dgn sorg minah, cikgu gak. Dak yong peng ngajar kat baram. Sama options dgn aku. Minah nie balik umah kakak dia dulu before balik yong peng. Dpt sorang kawan johor lagi. Jun balik sabtu. Kesian minah tue…huhuhu… beg dah keluar dan aku dengan machonye melangkah keluar. Jumpa mak abah and terus la ke parking. Dup dap dup dap! Cik Kelly dapat ‘kad raya’, a.k.a kena saman because abah tak park kat tempatnye. Itulah abah aku. Asal mudah untuk dia, dia parking. Instead of just paying for RM1, he has to pay for additional RM79. saman RM80. terus mood semua orang lari. Especially me. Ye la, cik Kelly kan under nama aku.
Sampai umah, cuci muka terus makan. Lapo teramat. Kenkunun nak makan kat kedai, sebab dah mood semua2 swing, terus jek balik umah. Walaupun lapo, aku makan sikit jek. Lepas makan, bagi2 buah tangan kat orang, terus tido. Tak terbangun sahur. Cuma sempat la berniat. Bangun pagi, suboh and bersiap nak ke kubur. Cadang2 hanya nak menziarah dua buah kubur jek. Kubur arwah nenek ngan tok long. Sampai kat kubur, tengok2 maklong ade kat kubur nenek. So join la maklong sekali. Pastue maklong ajak ke kubur arwah tokmin, arwah nyayii, arwah tokyot dan juga arwah toklong. Kami balik umah lebih kurang jam 8.45 pagi.
Sampai di rumah, mak ajak gi beli barang-barang untuk masak esok (acara mengunjung every year). Ila and her battalion menyiapkan kemas halls. Aku kuar dengan mak dan ayid. Mula-mula ke giant. Then ke bazaar ramadhan untuk membeli tikar. Tawar punye tawar dapat la murah harga tikar tue. Dari RM85 sebiji, dapat la RM120 untuk dua bijik. Mak, bab tawar menawar nie bagi la kat dia. Huhuhu…ingat nak terus ke grocery. Tapi hujan lebat dan juga faiz perlu balik untuk pergi solat jumaat, makanya kami pulang dahulu. Ayid gi solat, aku sempat la tido seround. Hehehe…mak jugak….ahaks! lepas zuhur, kami keluar semula ke grocery. Balik dari grocery, nak menyiapkan juadah buka pose. Lauk ape ek aritue? Adoyaii…lupe laks!
Sehari before raya, masak lontong, ayam masak merah, sambal kacang (my favourite ever!!) and lodeh. Tahun nie mak suruh aku masak. Hahaha…memang la aku yang masak, masuk itu ini. Tapi, yang rase, erk silap, yg menambah rasa yang macam tak cukup, mak la sape lagi. Aku letak banyak nie, mak kate tak berapa cukup. Mak tambah la garam, gula, asam segala. Huhuhu…sesungguhnya memang aku fail la nak memasak nie. Allergic gak kot. Huhuhu… (kepada inche awak, bakal ‘tooot’ saya, terimalah saya seadanya…saya memang sangat fail untuk menyediakan juadah dan hidangan…huhuhu) Buat pertama kalinya tahun nie, aku terlambat menghantar ke rumah sedara mara. Selalu, kul 3.30 dah memulakan operasi. Tahun nie, kul 5.00 baru gerak. Giler tol aku. Bawak kete mcm pelesit, jd pemandu kurang berhemah aku hari tue. Semata-mata nak sampai tepat pada waktu berbuka. Ikut2 last year sempat gi potong rambut. This year, langsung…dah la tue, ramai pulak sedara-mara yang takde kat umah. Hangin sket.
Akhirnya, sempat gak la sampai sebelum berbuka pose. Lagi 5 minit. Juadah pose terakhir adalah yang dimasak tadi dan juga sirap bandung special abah. Peh!! Mantooop!!! Huhuhu…malam tue lepas maghrib, busu sekeluarga datang rumah. Opps, actually busu nak wat surprise kat kami-kami nie. Tetapi telah terkantoi bilamana aku gi anto kat umah tokbak. Hahaha…tu la, nyorok2 lagi. Huhuhu…lepas busu balik, mak ajak gi mencari bunga untuk makcik jetlag. Malas sebenonye…tetapi demi ibuku, kugagahi jua badan. Masuk area Bandar, humangaih!! Dah start jem. Kluang jem?? Huhuhu…
Hari raya pertama, seperti biasa lepas solat hari raya, kami bermaaf-maafan dan jeng jeng jeng…menjadi hantu gambar. Takyah citer la…tgk je la gambo yang tak seberapa nie…
family potrait!
sepupu sepapat
biiiigggg family..(but missing 2 families wt tokbak n nenek)
(mahapkan saya...xsmpt upload byk...)
Hari kedua, dah start tolong mak. Member mak mintak tolong mak buatkan rojak tahu untuk open house rumah dia. Satu kluang cari tahu tak de. Out of stock! Sampaila ke satu kedai nie, tue pun dah siap call makcik lela kate tak dapat buat rojak tue, jumpa kedai yang jual tahu. Mak sapu habes. Huhuhu…dah siap, hantar la ke rumah makcik lela. Attend gak open house dia tue. Otw blk, ikin call kate ade 5 buah kereta otw nak datang rumah. ‘Serangan’ dari dua pupu abah.
Raya ketiga duk tunggu orang kat rumah jek. Uda sampai dengan familynya. Lepas orang datang, abah ajak kami beraya pulak. So nye, sesi beraya juga berlangsung kembali. Raya keempat, aku beraya dengan nome. Kami melangkah ke rumah yana. Lama gak kat umah yana. Si Man, hubby yana, dok la suruh kitorang nie kawen cepat. Siap bagikan dateline. At least tahun depan, nome dah 7 bulan and aku dah 4 bulan. Aku tanya kenapa nome 7 bulan. Sebab dia kat semenanjung, cepat sikit kawennye. Hahaha…lawak sungguh… lepas gi umah yana, kami ke rumah baiti. Then ke rumah ani. Humangaih anak-anak anie, si twins –arif & aniq-! Semangat bukan main!! Mak ayah pun sama naik. Huhuhu… malamnye, sambungan beraya ke rumah sedara mara lagi.
Raya keempat, mak ngan abah ke perak. Member kamceng dorang ajak merisik plus bertunang. Tinggallah kami adik beradik di rumah. Dalam kul 11, aku, mimi, farad an ayid keluar. Saje je. Takde keje la katakan. Eh chop! Ade kerja. Gi bayar duit kete and YTN. Then dpt message dr Mr.E. dia kata dia ade kat kluang. Nak dtg umah boleh? Aku jawab la boleh jek. Tapi tuan rumah takde kat rumah. Yang ade cume anak-anak tuan rumah. So, mereka-mereka datang jam 3 petang. Kenkwn dia adalah my juniors kat STK. Huhuhu...
Raya kelima, mimi wat BBQ. Tengok je la gambo yang tak seberapa nie.
isk2...dua jek leh upload...
Raya ketujuh, balik miri sudah. Keluar pagi coz hantar fara ke BP. Bas dia kat BP. From BP, ke pontian. Attended kenduri kawen kawan abah. Sampai kat airport, ngam2 kul 2. nak gi scan luggage, kena tegur dgn guard tue. “Dik, gi miri he? Kaunter belum bukak lagi. Kul 2.15 baru bukak.” Erk, selalu boleh je dok scan dulu. Aku pun ke toilet. Mak jaga luggage. Balik semula ke mak, tgk, luggage dah beratur dulu dah. Pulak dah.
Aku tak bagi mak ngan abah tunggu lama. So, dalam kul 3 aku suruh dorang balik dulu. Yela, bawak tokbak. Tokbak kan takleh penat sangat. So, aku pun masuk kul 3, mak, abah & tokbak balik terus. Eh, chup! Tak, tak…time aku call mak tanya dah keluar ke, mak kate abah ngan tokbak gi beli eskrem. Huhuhu…mak tunggu kat parking sudah. Sian mak. Then, dorang memang tak balik terus. Menyinggah makan cendol bagai dulu baru balik. Huhuhu…
Before naik flight, jumpa kawan yang time balik raya dulu. Mai nama dia. Then tanya Jun, rupenya minah nie pun balik sama ngan aku. So, bertemu la kami. Huhuhu..time queue nak masuk, FA tue cakap la pintu mana perlu masuk. Yang lain aku dengar semua dia kata pintu depan, termasukla mai ngan jun. bila tiba turn aku, “Pintu belakang!” tergelak kami. Yela, tetiba lain dari yang lain. Huhuhu…
Dalam flight, aku dapat kat bahagian tengah. Cess!! Confrem aku termabuk nie. Huhuhu…sedang memerhatikan orang tetiba, dudukla sorang mamat nie. Boleh tahan. Aku tengok dia macam terkial-kial. So, dengan baiknya aku bertanya, “duduk dalam ke?” dia jawab tak. Tapi, dia nak tukar untuk duduk dalam. Maka kami ditempat masing-masing. Sementara tunggu passengers lain, mamat nie memulakan perbualan. “Cikgu ke? Januari?” aku pun menjawab dengan senyuman. “Ye.” “Tau dah. Muka cuak nebes jek” cet! Siot jek kutuk aku. Aku senyum jek. Then aku diam. Bila keadaan dah terkawal sket, dia tanya, bleh tukar tak? Aku jawab, kot yang duk dalam tue datang? Ok, kami Cuma bertukar tempat sambil menantikan kehadiran seorang lagi penumpang. Lepas dah head counts, kami menukar lagi tempat. Aku ditempat aku, mamat tue masuk duk kat dalam. So, start dari time itulah perbualan tidak berhenti. He is so friendly sampai aku rasa tak segan pun nak berborak.
Dan dia terkejut bila dapat tahu umur aku. Nampak muda ke? Mula-mula dia takmoh habaq. Tapi aku pakse gak. Then dia cakap, tak gaya macam 27. erk, compliment or insult? Ntah la…kalau dulu mungkin suka gak dengar muka aku nie tak gaya 27. tapi, sekarang nie, rasa macam semacam pulak. Takut-takut pulak orang kata tak sedar diri. Tapi, I am what I am. Try la ubah penampilan pun. Mesti orang tak teringat yang aku nie dah tua. Oopsie, lupa habaq. Mamat nie dah bertunang. Cikgu jugak tue. Seb baik dah bertunang. Hahaha…kalau tak...Confrem aku try masuk line. Hensem pun ye. Huhuhu…kembang la kamu inche bila kamu mendengar pujian saya ini. Hahaha…
Flight sampai awal. Before 6 dah sampai. Aku call pakcik. Rupenya, pakcik baru jek sampai airport. So, takla menunggu la. Tapi, nak masuk kampong, humangaih!! Aku sempat tido! Tido dari area Bakam sampai ke jalan masuk kampong. Gilak letih gamaknya. Erk, yela, dok layan mamat cikgu itu berborak, mana sempat mau terlelap dalam flight…kan?kan?kan? sampai umah, kejar solat maghrib. Tunggu jap ke solat isyak. Mandi. Then panaskan lauk-pauk. Makan. And tido. Huhuhu…
Hari Selasa, sambutan hari raya peringkat sekolah. Believe it or not. I was cooking on that day. Hahaha…FAR masak?? Mesti tak percaya kan? Itulah yang terjadi. Aku masak. Masak apa? Aku buat SOTO and pudding cocktail. Takut giler malam before nak masak tue. Takut tak sedap la. Takut tak jadi la. Puas la tanya mak. Sampai kena gelak dengan mak. Buat malu jek anak dara mak sorang nie. Huhuhu…the result? Wahahaha….aku pun terkejut. Masakan aku yang dituju dahulu. Dorang dok rasa pudding cocktail dulu. Then soto. Huahahaha…kerani aku komen, boleh bukak kedai nie. Yang lain pulak cakap, boleh masak lagi pas nie. Yang pastinya, aku puas hati campur terharu. Best ke aku masak? Hahaha…yang pasti dan sejujurnya, aku memang tak reti masak. Setakat campak-campak memang terer la. Tapi, alhamdulillah. Mission accomplished!! Success!!
Rabu dan Khamis, kami cikgu-cikgu memulakan aktiviti berjalan raya. Hahaha…hampir setiap rumah kami dihidangkan dengan durian. Sudahnya aku melantak dan muka sudah naik merah-merah. Panas! Papepun, orang-orang kampong nie memang la friendly dan sangat suka bila cikgu-cikgu datang rumah mereka. Alhamdulillah. Hmm, itulah kisah rayaku yang tak seberapa. Erk, tak seberapa ka? Hahaha…dah beberapa jugak nie. Ahaks!!
Tangan yang menaip: When people say, let’s forgive and forget I cannot do that. I just can forgive. But, deep inside my sweet little heart, I cannot forget. It hurts like hell!! Sorry to whom it may concern. I’ve try to forgive and forget. But, sorry! Still can’t. And I always pray that one day I will be able to forget everything. Sensitive he? YEP!! Sememangnye…sorry again!
Subscribe to:
Posts (Atom)