Busan sungguh hari nie. Argh!! Tak tau mau buat apa. Baju dah gosok. LP lum wat. Malas. Buku teks belum settle. Malas. Baju tak basuh lagi. Malas. Pokoknya, semua M.A.L.A.S….huhuhu…teruk betul la teacher nie.
Sedikit info tentang fatin. Alhamdulillah…sudah beransur sihat. Dah kuar dari hospital pun. Tapi belum boleh balik kluang. Kena tunggu jahitan dibuka dulu. Takpe la…next week aku balik kluang, aku nak pegi amik fatin bila dia dah boleh jalan jauh. Tokbak pulak, dah ok gak. Tapi memang banyak luka. Semalam call dia tanya kabar, dia jawab, dah ok. Kena bercuti lama dari pegi kebun. Tengok, still thinking about his kebun. Tapi, anak-anak tak nampak dia sayangkan kebun ‘lama’nya tue. Ntah la…aku takleh nak campur. Nie adik beradik abah punya masalah. Nak campur pun, awal-awal dah kena tegur dengan mak. “Jangan nak mengada-ngada campur tangan.” Ha, amik ko. Amaran keras dari mak!
Ntah ye, kadang-kadang aku jadi sebal dengan sikap sesetengah orang yang tak pikir pasal orang lain. Dia pikir kesenangan dia sendiri dan dalam masa yang sama menyebabkan orang lain terseksa. Kalau aku cerita pasal my big family kat sini, ibarat membuka pekung di dada. Dan aku amat pasti, setiap orang punya masalah keluarga mereka tersendiri. Dan aku taknak ulas lanjut. Aku bukan orang yang suka nak jatuhkan air muka orang lain even though perkara tue membuatkan aku terseksa. Dah la kan, itu hal abah adik beradik. Siapalah aku nie. Tapi satu pesan abah dan mak yang aku ingat, “abah tak tinggalkan harta untuk anak-anak abah. Yang abah boleh bagi, ilmu. Pandai-pandai la korang cari harta sendiri.” Ya, sebab harta sedikit, habis musnah satu keluarga. (I’m not referring to anybody…) Insya Allah, berkat tunjuk ajar dan didikan mak abah, kami adik-beradik sentiasa berpegang teguh dengan apa yang diajar.
Semalam just asking my friend, why men are easily saying ‘sayang’, ‘dear’, ‘miss you’, ‘love you’? Dia jawab tengok keadaan jugak. Kalau baru 1st time cakap macam tue, memang sengal. Kalau mula-mula kawan, then baru berani nak cakap macam tue, there must be something. And kalau yang cakap macam tue laki orang, tue bengong namanya. Huhuhu…ye ke? Mungkin betul kot. Yela, nie perspective seorang lelaki yang aku tanyakan. And dia cakap, kita boleh tau orang tue sincere ke tak. Erk, ye ke? Aku rasa aku tak dapat tau pun. Senang cakap, aku tak dapat detect yang that guy sincere ke tak coz I’m not taking it seriously. For me, guys nie nak main-main jek. Sekali kena sebijik dengan my friend tue. He said, I nie fobia. Dah la tue, choosy. Bukan takde orang cuba. (yela…salah sorang yang cuba tue dia. Tapi aku tolak dia cara baik. And he accepted it. Dia pun dah bertunang sekarang. End of this year bakal berkahwin. See, kalau dia terus tunggu aku, confirm la, dia rugi besar. Coz I’m not the one for him.) Yes kot aku phobia. Ntah, ada yang kata it’s worth trying to get hurt than never try at all. Hmm, aku rasa aku hanya suka yang happy-happy sahaja. Biarlah my friends say that aku nie bodoh tak nak mencuba. Hey, it’s my life! Aku tau limit aku macam mana. Coz at the end, I’m the one yang suffer. Aku nie kan suffer-silent-type. Ingat aku nak share dengan my friends apa aku rasa? No way José! Bukan sombong. Cuma, bukan aku la tue…
Hmm, dah mengarut pulak dah aku nie. I’m supposed to say something happy. What am I doing here? Arrgghh!! Ntah la…okla…o-u-t!
ejot..
ReplyDeletehehehee saje testing2.. ;p
frenster punye blog sudah tanam ka?