Hmm, minggu nie lega sikit. Sebab apa? Fatin dah beransur sihat. The surgery was also success. Di belakangnya telah dimasukkan 2 plat dan 8 skru untuk menyokong tulang yang patah. Macam ngeri.. (memang ngeri pun aku dengar!) hari nie, dia pegi berjumpa physiotherapist untuk berlatih berjalan dan menggerakkan semula anggota badan yang telah seminggu tidak digerakkan. Bakal physio yang menjalani terapi. Huhuhu…memang dah kembali ceria la keluarga kami. Erk, lum cukup gumbira kerana tadi masa call fatin, abah call tokbak. Nenek angkat dan menyatakan tokbak jatuh motor. La….aku terus cakap ngan fatin yang aku nak call tokbak. Tokbak jatuh masa nak membelok ke area rumah. Licin kat selekoh tue. Kata tokbak, tangan, lutut ngan pipi dia luka. Ya Allah!! Macam sangat teruk la kejatuhannya tadi. (Latest news, memang tiga tempat yang luka. And setiap tempat yang luka tue, kena jahit sebanyak 3 jahitan. Ha?? Masih sikit jek luka?) Tokbak, tokbak…itulah dia tokbak aku yang masih gagah dan masih juga mau menunggang ‘helicopter’nye untuk ke mana-mana. Aish!
Ok, sambung cerita last week lagi. Dek kerana aku terlalu memikirkan pasal fatin, ketensionan aku meninggi. Muka dah semacam berjururawatnya. Doctor tak sampai-sampai jugak. Kulit kering. Kepala sakit. Tekak juga. (erk…macam risau jek dengan sakit kepala dan sakit tekak…tapi, takde pape pun..hoho) Mood swings tiga ratus nam ploh derajah. ‘banjir kilat’ tak usah cakap. Sokmo je la. My dearest pupils pulak last week banyak buat hal. Ha, amik ko asyik kena bebel je dengan aku. Scary la kirenye situasi aku sepanjang minggu lepas. Sampaikan napsu makan pun tak dapat ditahan lagi. Aku bertambah gumuks!! Hoh??! Dan yang agak memusykilkan aku, darjah pembacaan aku juga semakin teruk! Novel yang aku beli tiga minggu lepas, masih belum aku setelkan. (erk, relevankah perkara ini aku bagitau jugak?? Huhuhu…) Tapi, sejak isnin lepas, aku sudah kembali normal. Alhamdulillah.
Tetapi…kenormalan itu tidak lama kerana beban tugas yang menanti. Ahahahaha…aku bakal sewel jap lagi nie…semalam, datang pulak stok buku teks untuk tahun depan. AMMA! APPA!! Kije manyak woo…huwaaaaa!!! Nak nangis tengok buku-buku tue….adoi ai…masak gwe dalam bilik BOSS nie! Semalam masa sign penerimaan buku-buku tue, hampir hampir nak muntah ijau (uwweek uwweekk!!) aku tengok buku tue. Dah la pembekalnye berperwatakan yang agak scary. Huhuhu…abang butaks yang nampak garang! Hohoho…siap cakap Sarawak dengan kamek. (erk, adakah muka aku dah ade iras orang Sarawak? Arrghhh!!) Kamek hangguk je la…auk auk! Mun sik faham, kamek sengih je. Hahaha…pape pun, buku-buku itu bakal disetelkan weekend nie…(ini hanyalah plan yang masih 50-50 untuk dilaksanakan! Dasar P.E.M.A.L.A.S!! huahahaha)
Perlukan dibukakan cik little heart untuk membenarkan si comel ‘L’ menyinggah ke dalam cik little heart? Hmm, akan dipikirkan.
tangan yang menulis: tak sabarnya nak balik. Walaupun tiket aku telah ditukarkan tanpa rela (now everybody can fly…dengan tambahan, nasib korang la kalau tiket kena tukar…bengs!!), yang penting dapat balik. My bed, my room…wait for me!! Arrghh!! Bukan nak cakap rindu mak abah, rindu kat bilik and katil jek. Huhuhu…
No comments:
Post a Comment