Tuesday, July 28, 2009

cerita hujung minggu Malaysia

Jumaat I ke Miri. Seperti biasa, duit dalam bank itu sekadar transit beberapa jam jek. Huhuhu…setelah menyetelkan segala urusan, makan time. Miss K telah membawa kami menjamu selera, iaitu ‘Ayam Penyet Pandan’. Huhuhu…kesengkakan kurasakan. Huhuhu…memang sangat kenyangla…ahahaha…best! Sesudah itu, tempat penginapan pula ditujui.
Hari Sabtu pulak, pulang ke pangkal jalan. Which means, balik to my ‘home sweet home’ la. (Sweet sangat…tau!) huhuhu….seperti kebiasaan, aktiviti wajib sejak kemarau ini. Mengangkut air bergilir-gilir. Huhuhu…sed wo! Tapi nak wat camno…have to la kan. My skin pun makin la teruknye. Ngadu kat mak, mak cakap, dia try carikan ubat kat sana dulu. Then try makan. If still not working, mak suruh mintak GL then refer to hospital. Huwaaaa…sedey nye…tapi taper, demi kebaikan dan keelokan my skin, I tak kisah. Janji elok semula (eventhough doctor had said yang it’s in my blood. I can only prevent it, no medicine to cure that…) lagi sedey!!
Hari Ahad, seawal jam 9, my pupils dah datang rumah. Semuanya kerana nak gi ‘Makan Tahun’ di Kg. Kepayang. Acara makan-makan nie setelah musim menuai. Antara menu yang disediakan adalah kerbau masak kicap, kari kerbau, ayam masak rendang (kot…not so sure…), nasi putih, umbut kelapa sawit masak lemak and terung masak sambal( kot jugak…). Peh…makan besar. Memang kenyang tak hengat. Kemudian dibekalkan pula “kelupis”-makanan traditional masyarakat melayu kedayan. Apa yang dapat I simpulkan, kelupis nie macam “lepet” yang selalu tokbak buat time raya. Memang serupa. Tetiba rindu kat tokbak pulak. I don’t want to call tokbak because I will cry when I hear his voice! Arggghhhh!!!
Setelah pulang dari makan tahun, rehat sekejap. Baca novel baru. The story is similar with Sophie’s-remember me?- but, I do enjoy the story. Lepas membaca, ngantuks sudah. Huhuhu….so tido barang sejam. Lepas bangun tido, terlapar la pulak. Makan la biskut yang ada. Huhuhu…semalam coverage gilak bengs!! Bencik i! Miss I messaged me at 5pm, I’ve only received the message at 7pm. Then Mr.R called me at 6.37pm, but I’ve only received the message saying that he called me at 7pm too. What a bengong coverage!!! Then I replied their messages. When I messaged Mr.R asking why he called me, he said he’s missing me. Hahaha…u wanna flirt ye bro? ok, let’s flirt! He called me 10 minutes later. We had a nice chat. He complained about my voice. Dia kate suara aku dah lain. Erk, lain macam mane ek? Dah tak merdu…huwaaaa…dah garau la tue…tak suke! Nie mesti sebab marah budak selalu…so, kena kurangkan marah budak…He even told me that he’d been diagnosed with a disease. Sedey gak bila dengar. What I did was, I told him that I could lend my ears and shoulder if he want to share everything. Time tue, teruslah start bengong mamat nie. Siap tanya takpe ke nak pinjam bahu la. Takde orang marah ke, kalau tertido macam mane? Hahaha…aku pun jawab, tak kisah. Tak tahu la dari pihak dia. Dia jawab, his mum yang akan marah coz anaknya gatal sangat! TAU TAKPE. Hahahaha…but, really, I bersimpati dengan dia. Seorang yang sangat active, tetiba doctor bagitau kena penyakit yang tak terjangka. And he still did not tell his family. Takpe la bro, selagi I boleh tolong, I akan tolong.
One of my best buddies is expecting. So next year, if I’m not mistaken, I akan dapat lebih kurang empat orang anak buah. Huhuhu…best of luck to you guys. Hopefully, mummy-to-be and her baby are healthy. And, most of them tanya I bila lagi. What can I say is, my planning is next year. Paling awal, tengah tahun depan. Paling lambat, akhir tahun. Who’s the lucky one? Jeng…jeng…jeng….wait and see.

Friday, July 24, 2009

kisah kisuh kisih

Kenapa kan, bila something wrong jek, muka I terus dapat mempamerkan ketidakselesaan itu? Adakah ini normal? Huhuhu…paling ketara jika satu hari I tak menegur seluruh sekolah. My kerani will tegur me and terus dia bagi macam-macam nasihat. “tak elok tak senyum. Ada masalah pun kena senyum.” Hehehe…bukan sengaja taknak senyum. Tapi, kadang-kadang sesuatu perkara itu jadi, and distract my attention. I know that my kerani memang taknak semua cikgu masam-masam muka. Tapi, it just happens. Sorry la sir, I tak tau pulak my sourness akan menyebabkan suasana tak ceria. (hahahaha…P.E.R.A.S.A.N)
Tapi, bukan my kerani je yang cakap macam tue. My ex-colleagues pun. Dulu, if I tak tegur seluruh office (kununnya..), punya la susah hati dorang. Mesti terdengar ada yang bertanya kat orang lain dalam department itu, is there something wrong with me? Obvious sangat la yang aku nie memang becok, kecoh, riuh, and…..happy go lucky! Sebab tue, bila orang cakap aku pendiam, my good friends akan tergelak terguling-guling. Hehehe…bukan my good friends jek, my sisters and parents also will do the same thing.

Kadang-kadang nak jugak cuba jadi macam orang lain. I mean, yang tak banyak cakap. Orang tak berapa kenal. Tapi, langsung tak jadi! Macam weird jek bila I jadi pendiam. Agaknya, memang tak boleh tak consume capacity words yang ditetapkan untuk seorang perempuan. Hahaha…ntah pape.

Last Wednesday, dapat message dari one of my sisters. “along, kak ila ade story tapi takde kredit. Dia kata kalau along ‘terlebih’ duit, call dia.” Me as usual, for my siblings, will do everything that I can. so I called miss ila. Aku ingat dia nak bagitau dia nak kawen ke, tak cukup duit ke, nak balik raya ke. (Wee huuuu...hahaha) Rupa-rupanya, keexcitedan dia nak bercerita tentang seorang senior dia, yang sama sekolah rendah dengan dia, dan adalah bekas rakan sekelas aku time sekolah rendah. Ha kau! Amik! Panjang gilos link nye! Aku pun teruja gak mendengar cerita dia.

Yang aku kesian sikit kat dia, selalu jek dia kenal kawan-kawan aku. Tapi, aku…bukan tak kenal kawan-kawan dia, tapi kurang kenal or cam. Tak macam dia. Ye lah kot, aku kan suka bercerita. So nye, dari situ lah dia kenal kawan-kawan yang terlibat secara langsung or tak langsung dengan aku. Hehehe…sorry la sis, bukan sengaja nak susahkan ko dengan cerita-cerita aku. Tapi, ngan sapa lagi aku nak share kan? Hahahaha…tapi, memang selalunya dia jek yang terjumpa kawan-kawan sekolah rendah aku. Nak buek camno, makcik nie pun leh tahan friendlynya. So, no wonderla kan? Huhuhu

Thursday, July 23, 2009

alhamdulillah..

Alhamdulillah…akhirnya, pentaksir sudah datang. Dan saya telah berjaya menyediakan semuanya, dengan jaya. Alhamdulillah sekali lagi. Huhuhu…berpeluh-peluh dan kemerah-merahan (seperti biasa la kan…) la jugak muka saya. Almaklumla, baru first time memberi markah untuk murid-murid. Pengalaman ini akan saya gunakan untuk tahun-tahun mendatang. Huhuhu…at least. Tak la cuak sangat lepas nie…hehehe…
Oh ya, semalam…iaitu 21-07-09, sekolah saya telah berlawan dengan jiran kami. Pengalaman berharga untuk anak-anak murid saya kerana, barulah mereka tahu yang tanpa latihan yang cukup, mereka tidak akan berjaya. Sekolah saya telah dibelasah dengan jayanya. 8-0. hahaha…anak-anak iban ini memang berbakat dan tangkas. Jika cikgu-cikgu mereka melatih mereka dengan lebih giat, mungkin ada diantara mereka yang bakal menggantikan Watson Nyambek dan mungkin Amri Yahyah. Satu peristiwa yang menarik hati saya dan juga cikgu-cikgu sekolah kami, di mana seorang pemain lawan, sangat kuat dan rajin berlari mengejar bola. Bila ditanya kepada cikgu mereka, budak itu hanyalah berusia lapan tahun. Diulangi, 8 tahun. Wow! Memang berbakat. Semoga budak itu lebih berjaya di masa akan datang. Dengarnya juga, jiran kami itu akan menganjurkan perlawanan bola jaring pula. Huhuhu, berapa pulak la kami kena belasah nanti nie. Ahaks!
Semalam juga buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke dalam rumah panjang. Apa yang saya gambarkan, tidak sama dengan apa yang saya lihat. Huhuhu…moral of the day, don’t judge the book by its cover! Saya merasa sangat kagum dengan dekorasi di dalam rumah tersebut. Sungguh tidak disangka. Nanti2 la saya cuba menguploadkan gambarnya. Rumah iru bukan sahaja panjang ke tepi, malahan panjang ke belakang. Hohoho…memang selayaknya dipanggil rumah panjang. Semoga berjumpa lagi di n3 akan datang. Daa…

p/s: kenapakah saya menggunakan bahasa melayu, macam skema? Hahaha… saya memang poyo! Huhuhu..saja mengasah bakat penggunaan bahasa yang sudah semakin rojak ini. Hahaha…just kidding! ;P

Monday, July 6, 2009

aku?

Adakah sebab aku nie jenis tak kisah, so orang ambil kesempatan ke atas aku? Kenapa ya, orang rasa senang nak melukakan orang lain tanpa terpikir kesannya ke atas orang yang dilukainya itu? Dan kenapa ya, setiap kali kita memberi, orang lain akan rasa selesa tanpa cuba untuk memberi pula kepada kita? Bukan nak harapkan balasan atas apa yang dah diberi, tapi, kita hidup di dunia nie kan saling melengkapi. Kalau aku je yang asyik memberi, abes la semua. Tak dapat nak beri dah.
Tapi aku percaya. What you give, you get back. Jika yang kita beri itu baik dan bermakna, maka hasilnya akan Allah balas dengan balasan yang setimpal. Begitu juga jika kita berikan sesuatu yang tak baik dan berniat tertentu, maka balasan Allah juga setimpal dengan niat kita.
Hmm, apakah gelaran yang bagus untuk diberikan kepada orang yang mula-mula minta nasihat kita, lepas kita dah bagi, dia tak nak dengar. Bermati-matian menegakkan pendapat dia sendiri. Walau dia tahu itu salah, namun nak jugak kata yang pendapat dia tue betul. Hmm, DEGIL? Sesuai tak? Tak pun, BODOH SOMBONG? Tak la bodoh sangat pun, tapi dah sah-sah tau bende tue salah, still nak tegakkan. And sombong sebab tak cuba terima pendapat orang. Macam mane? Hmm, agak allergic gak la dengan orang macam nie. Tapi…urm…tak tahu la…kepada yang berkenaan, berubahlah. Takut-takut, aku jadi malas nak layan ko. Sorry to say ye…
Hmm, bila member aku buat ayat, “I’m not as good as you.” Or “Aku not good enough mcm ko…”, aku terpikir, aku nie baik sangat ke? Aku jadi takut dengan expectation orang ke atas aku...Ye, aku tak la sampai buat benda-benda tak elok, yang telah akan menjatuhkan nama baik aku or my family. Tapi, sebagai manusia, aku still ade keburukan. Aku still cuba untuk menjadi yang terbaik. Tapi, macam tak padan je jika orang nak comparekan diri dia dengan aku. Aku masih aku yang banyak lagi cacat celanya. Tapi, aku sedang berusaha untuk kebaikan. Masih lagi cuba menjadi yang terbaik. Belum sampai lagi. Kalau diberikan 5 stages, aku masih lagi nak capai stage pertama. Itu pun selalu jatuh terduduk, dan cuba lagi berdiri. Cuma, doakan aku ye kawan-kawan untuk lebih berjaya dan lebih baik dari sebelum-sebelum ini. Begitu juga aku, akan mendoakan kalian untuk menjadi yang terbaik, mendapat yang terbaik dan sentiasa berada di dalam kejayaan serta di bawah lindungan Allah sentiasa. Insya Allah. Amiin…

masalah.....

Kenapa kan, perempuan sering disalahkan jika masalah rumahtangga berlaku? Ok, memang ada sesetengah perempuan yang cari nahas, kacau rumahtangga orang. Tapi what if jika one girl nie tak tahu yang lelaki yang dikenalinya itu laki orang. Then dorang berkawan. Tapi, tak terlintas pun pada perempuan nie nak berniat lebih dari seorang kawan. Si lelaki pulak, menggatal, baru sekali jumpa dah terus cakap sayang, suka. Dan, kenapa bila masalah begini berlaku, si wife cari perempuan nie dan tuduh yang bukan-bukan? Kenapa tak selidik laki kau tu dulu? Bukan semua perempuan desperate sangat nak berlaki. Tapi, memang kadang-kadang kita yang perempuan nie tak tahu yang lelaki itu dah berkahwin. So, siapakah yang harus dipersalahkan?
Aku tak pernah berhadapan dengan masalah sebegini. Tapi masalah laki orang yang menggatal, pernah aku lalui. Dua kali aku terjebak. Nasib baik tak jauh. Sorang tue, laki orang yang aku kenal time book fair. After book fair, mamat nie message. bagitau yang dia ada masalah dengan wife dia. Hello?!! Aku nie bukan kaunselor rumahtangga ok. Rumahtangga pun takde, lagi mau jadi kaunselor. Aku jawab kat mamat nie, stop mengadu about his marriage. Aku tak reti and tak mau amik tau. Sejak tue, aku stop reply message dia. Dia message, aku buat dunno. Dia call pun aku tak jawab. So, it ends there.
Satu kes lagi, time KPLI. Mamat nie mula-mula aku taktau yang dia dah kawin. Kenal time ade aktiviti KPLI. Punyalah dia suka kacau aku dan sangat mengambil berat kat aku, sampaikan orang tersalah sangka. Orang lain ingat itu bf aku. Then, satu hari aku pun tertanya la, wife sihat? Ntah, tetiba nak bertanya. (Allah nak tunjukkan kat aku kot??) Dia pun jawab sihat alhamdulillah. Pastue terus la aku tanya pasal anak pulak. Semuanya sebab nak selidik. Dia terus cakap yang anak sulung dia sakit. Dalam pada bercerita pasal anak tue, bleh pulak wat kuar statement; “kenapalah saya tak jumpa awak dulu?” kepala hotak ko!! Jangan sesekali ko wat statement yang akan menghancurleburkan hati insan sekaum aku, bengong!! Aku pun jawabla, nasib baik jugak tak jumpa awal. Kalau tak, tak mustahil, dia akan cakap macam tue kat perempuan lain. It ends there, too.
Ada sekali lagi, pasal sorang tunangan orang. Baru bertunang tapi dah pikir nak pasang dua. Hello guys!! Korang ingat perempuan yang belum bertemu jodoh or takde sesape nie desperate sangat ye? Tolonglah…jaga baik-baik apa yang korang dah dapat tue. Jangan esok-esok menyesal. Just remember one thing,
what you give, you get back!

Thursday, July 2, 2009

benarkah?

Benarkah minda di bawah sedar kita sering memikirkan apa yang tidak terpernah kita fikirkan? Dah tiga kali aku berada di bawah pengaruh minda bawah sedar nie.
Yang pertama, dulu, aku dah lupa pun perkara tue. Tetiba malam tue, termimpi pulak. Ceritanya, aku tanpa sengaja telah menyakitkan hati orang. Aku dah mintak maaf. Tapi dia tak terima. Dia kata dia memang sangat terasa hati. Ok la, dah orang tak nak terima maaf aku, takkan aku nak terhegeh-hegeh lagi. Tapi, memang aku terkilan lah. Aku dah tak pikir mende tue. A month later, tiba-tiba aku termimpikan perkara yang sama. Terbangun aku malam tue. Then paginya, cerita kat my buddy. She said, benda tue memang ada dalam minda aku. Then tanpa sedar, minda aku menggerakkan peristiwa itu untuk dimasukkan dalam mimpi. Walau aku kata aku tak pikir, sebenarnya ia telah tanpa sengaja memikirkan untuk aku. (paham tak? Buat-buat paham je la…)
Yang kedua, lepas konvo. Tetiba aku mimpi aku bercouple dengan sorang mamat nie. Tak pernah terpikir langsung pasal mamat nie. Nape ntah masuk dalam mimpi dan minda bawah sedar aku. Bengongs jek!!
Yang ketiga malam tadi. Tetiba termimpikan cikgu sekolah aku. Aku jumpe dia time wedding member sekolah aku. Dia seronok yang kami jadi cikgu jugak. And she have anak lelaki yang sebaya dengan aku. Huhuhu…Dengan jayanya, dia telah merisik aku, di dalam mimpi itu. Erk!!! What the heck?? Hoh! Lagi sekali aku terjaga. Biar benar. Bengong sungguh kali nie. Yang kali nie memang buat aku tergamam. Adakah sebab aku dah mula takut, aku belum mempunyai sesapa, maka minda bawah sedar aku menjalankan tugasnya? Scary dowh rasanya kali ini! Aku nak mintak tolong sapa nie? Aduhai…masak, masak!!

Wednesday, July 1, 2009

let's learn something....

Mari Belajar Bahasa…huhuhu…

1. Nama brita? – maknanya, apa khabar?

2. Manah. - baik.

3. Tetak - ketawa. (mula-mula dengar, takut gak. Ingat orang nak tetak aku. Huhuhu…)

4. Lawa - sombong. (nie lagi satu. Nasib baik la, my fren penah warn. Kalau orang cakap lawa, maknanya sombong. So, jangan perasan ok. ahaks!)

5. Damit - kecil. (mula-mula dulu, aku cakap la, “ok, take out your exercise book. Ok, keluarkan buku latihan. Buku kecik.” Semua buat muka blur. Pastue sorang budak pun tolong aku translate. “cikgu diorang tak paham buku kecil,cikgu. Semua, keluarkan buku damit.” “Oooo, buku damit cikgu?” la hai…begitu, ghupenye…kuikuikui…)

Sehingga berjumpa lagi. Hehehe…