Thursday, July 23, 2009

alhamdulillah..

Alhamdulillah…akhirnya, pentaksir sudah datang. Dan saya telah berjaya menyediakan semuanya, dengan jaya. Alhamdulillah sekali lagi. Huhuhu…berpeluh-peluh dan kemerah-merahan (seperti biasa la kan…) la jugak muka saya. Almaklumla, baru first time memberi markah untuk murid-murid. Pengalaman ini akan saya gunakan untuk tahun-tahun mendatang. Huhuhu…at least. Tak la cuak sangat lepas nie…hehehe…
Oh ya, semalam…iaitu 21-07-09, sekolah saya telah berlawan dengan jiran kami. Pengalaman berharga untuk anak-anak murid saya kerana, barulah mereka tahu yang tanpa latihan yang cukup, mereka tidak akan berjaya. Sekolah saya telah dibelasah dengan jayanya. 8-0. hahaha…anak-anak iban ini memang berbakat dan tangkas. Jika cikgu-cikgu mereka melatih mereka dengan lebih giat, mungkin ada diantara mereka yang bakal menggantikan Watson Nyambek dan mungkin Amri Yahyah. Satu peristiwa yang menarik hati saya dan juga cikgu-cikgu sekolah kami, di mana seorang pemain lawan, sangat kuat dan rajin berlari mengejar bola. Bila ditanya kepada cikgu mereka, budak itu hanyalah berusia lapan tahun. Diulangi, 8 tahun. Wow! Memang berbakat. Semoga budak itu lebih berjaya di masa akan datang. Dengarnya juga, jiran kami itu akan menganjurkan perlawanan bola jaring pula. Huhuhu, berapa pulak la kami kena belasah nanti nie. Ahaks!
Semalam juga buat pertama kalinya saya menjejakkan kaki ke dalam rumah panjang. Apa yang saya gambarkan, tidak sama dengan apa yang saya lihat. Huhuhu…moral of the day, don’t judge the book by its cover! Saya merasa sangat kagum dengan dekorasi di dalam rumah tersebut. Sungguh tidak disangka. Nanti2 la saya cuba menguploadkan gambarnya. Rumah iru bukan sahaja panjang ke tepi, malahan panjang ke belakang. Hohoho…memang selayaknya dipanggil rumah panjang. Semoga berjumpa lagi di n3 akan datang. Daa…

p/s: kenapakah saya menggunakan bahasa melayu, macam skema? Hahaha… saya memang poyo! Huhuhu..saja mengasah bakat penggunaan bahasa yang sudah semakin rojak ini. Hahaha…just kidding! ;P

No comments:

Post a Comment